Perak, sebuah negeri yang mencatat pelbagai rekod dunia hari ini kembali hangat apabila adun dari pakatan rakyat dihalang memasuki bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) untuk mengadakan sesi kedua sidang dun negeri perak. Pergelutan berlaku antara adun dan pihak polis yang menggunakan kekerasan dalam menghalang sidang dun tersebut telah berkesudahan dengan 3 adun pakatan dan seorang wartawan dan beberapa orang awam ditahan. Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai dan Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau antara yang ditahan pada pagi ini. Beberapa orang penyokong pekatan rakyat juga turut ditahan di tempat yang sama.
Sidang DUN tetap diteruskan apabila Speaker mengarahkan sidang Dun diadakan di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh. Selain dari 3 adun yang ditahan dan seorang adun yang mengerjakan umrah, kesemua adun pakatan rakyat sebulat suara telah menyokong dan meluluskan usul :-
1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).
2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.
3. Meluluskan keanggotaan tiga jawatankuasa legislatif — hak dan keistimewaan, arahan tetap dan perakauanan awam — dengan pencalonan seorang anggota BN bagi setiap jawatankuasa.
Satu usul tergempar diluluskan mengecamkan tindakan polis pagi ini dan juga peranan yang dimainkan oleh pentadbiran BN menghalang ADUN dari memasuki dewan juga diluluskan.
Peristiwa hari ini memberi gambaran yang lebih jelas apabila keadilan yang sepatutnya menjadi paksi kepada sesebuah pentakbiran diabaikan. Sultan selaku ketua negeri sepatutnya bijak dalam membuat keputusan agar peristiwa yang berlaku dapat dielakkan. Pengaruh sistem beraja mula dipandang serong setelah peristiwa rampasan kuasa yang berlaku di Perak berikutan Sultan merelakan peristiwa itu berlaku tanpa mengambil kira pandangan dan rintihan rakyat bawahan. Perkara sebegini harus diberi perhatian oleh negeri-negeri yang mengamalkan sistem beraja agar kemulianan raja-raja tidak tercemar sepertimana yang dilakukan oleh sultan Perak. Rampasan yang dilakukan oleh kerajaan Haram Barisan Nasional telah mencatatkan berberapa rekod dunia diantaranya : -
- Terdapat dua Menteri Besar: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Zambry Abdul Kadir.
- Dua barisan Exco: Exco yang sah dibawah pimpinan Nizar dan exco haram pimpinan Zambry.
- Dua speaker: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar manakala Speaker Barisan Nasional, R Ganesan.
- Speaker di halang masuk Dewan: Speaker Sivakumar tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dan tolak usul perlantikan. Beliau dikurung dalam bilik selama sejam dan dihalang masuk dewan bagi menghentikan sidang yang dipengerusikan oleh Ganesan.
- Pistol dibawa masuk DUN: Terdapat dakwaan bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam DUN Perak pada 7 Mei.
- Sidang DUN bawah pokok: Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Nizar sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.
akira
Pilihan anda di PRU13
Rabu, 2 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ARTIKEL YANG TERDAHULU
Artikel Terdahulu
-
▼
2009
(755)
-
▼
September
(67)
- PRK BAGAN PINANG : Tun, I'm sorrrryyyy........
- PRK BAGAN PINANG : Projek Tandas Misteri
- Hasan Ali : Teng Kritik, Dr Asri Sokong
- Apa Selepas Ramadhan?
- 1 Malaysia : Boleh mampuih la dengan 1 Malaysia!!!
- PAKATAN RAKYAT : Tuan Presiden
- PKFZ : LPK saman RM920juta
- 1 Malaysia : Sultan mahu rakyat sokong BN
- 1 Malaysia : Besar kemungkinan Umno akan jatuh pad...
- PAKATAN RAKYAT :Gila Perubahan atau Gila Kuasa
- 1 Malaysia : Adakah suara Mahathir masih laku?
- 1 Malaysia : Ada yang tidur tak lena
- PAKATAN RAKYAT : Bersiap sedia untuk diajar pada P...
- PAKATAN RAKYAT : Hasan Ali jahil amalan berparlimen
- 1 Malaysia : Terengganu makin runcing
- Sembang-sembang : 20092009
- Salam Eidul Fitri.. Aloq Setaq melambai, poketku t...
- 1 Malaysia : Bila Ustazah dan Hajjah berbicara ten...
- Majlis Rumah Terbuka. Semua dijemput hadir
- 1 Malaysia : Sindir Anak Godam Menantu
- 1 Malaysia : Saiful Bukhari INSAF!!!!
- Kepala lembu berdarah : Respon buat YB Kulim
- 1 Malaysia : Bila Samseng Melayu Berucap
- 1 Malaysia : BANG! BANG! BANG! Toyo dah kecut perut.
- 1 Malaysia : Kempen Derma Selipar.
- Hampir membakar diri kerana rumah
- ISA : Terima kasih diatas penderitaan
- 1 Malaysia : Ini saguhati atau rasuah?
- 1 Malaysia : Toyo vs SPeRMa
- Gadis Hilang : Syera Kembali, Kerinduan terubat.
- Ramadhan : Rasa hati di akhir Ramadhan
- 1 Malaysia : Khir Toyo selamat
- PRK BAGAN PINANG : SPR *#$%%#&%&$^%AAUWWWKK##%$
- PRK BAGAN PINANG : Rais yakin BN menang.
- Gadis Hilang : Pulanglah, Ibu menanti di hari lebaran
- 1 Malaysia : Cina boleh terima undang-undang Islam...
- PRK BAGAN PINANG : PAS mesyuarat esok
- 1 Malaysia : Sungai Dua pun nak raya juga??
- analisis : terengganu darul..........................
- 1 Malaysia : UMNO juga parti islam - Najib
- Rela ditolak kerana Islam.
- Lebihkan Ramadhan berbanding Hari Raya
- Kau makan umpan...... aku bubar DUN : MB Kedah
- Mahkamah tiada kuasa dalam urusan DUN
- 1 Malaysia : 5 buat laporan polis
- Rasul MELAYU melawat kedaikopitepimasjid!
- Kepala lembu berdarah : 12 ekor akan didakwa
- Mahfuz, Dr Hatta, kini Mustafa Ali!!!
- Isnin umum tarikh pilihanraya Bagan Pinang
- 1 Malaysia : Najib lawan Pakatan
- Itu hari bawa kepala lembu, kali ni bawa beruk pul...
- POLITIK BUNDLE PULAK??
- 1 Malaysia : umno selangor , TV3 syok sendiri
- Ceramah Badar Al-Qubra 10/9/09
- Takziah!! Pilihanraya lagi
- 1 Malaysia : KD Altantuya membuka tirai sejarah
- 1 Malaysia :TAHNIAH TSMH
- Kita ditindas, mereka lebih lagi.
- Krisis Perak : Wawancara bersama Ir.Nizar (Video)
- Krisis Perak : Lagi sejarah dicatat.
- Musa ada kaitan dengan kongsi gelap?
- Kota Seputeh : Tindakan susulan akan diambil
- Katak Oh Katak : Kasihan mereka
- Kota Seputeh kekal milik BN.
- Perarakan kepala lembu : PDRM or PRDM?
- 1 Malaysia : Sejarah MERDEKA ciptaan umno
- 1 Malaysia : Jangan lantik semula Musa Hassan
-
▼
September
(67)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)