Juga di bandar dipinggir kota
Ada yang muda dan ada yang tua
Mereka sama sahaja...rakyat jelata
Suara mereka bernada-nada
kadang kala serupa sekala
mengharap wakil menyambung suara
demi meneruskan perjalanan masa
wakil dipilih mewakili mereka
demi kepentingan alam sejahtera
namun terkulai dek kerana derhaka
derhaka pada amanat mereka
derhaka pada amanah mereka
derhaka demi kepentingan dunia
derhaka untuk meraih harta
tanpa peduli rakyat jelata
rintihan dan hiba dibiarkan saja
itulah dia wakil rakyat mereka
......................
pedulikan pada amanat mereka
inilah masa mengumpul harta
biarlah kata nista ataupun cerca
yang penting aku kaya raya
siapa mereka dipandangan mata
merintih merempat biarkan saja
yang penting aku kaya raya
yang penting aku kaya raya
akira

kasihan mereka,
BalasPadamdapat wakil yang khianat derhaka
kasihan mereka
memang kesian wa cakap lu.
BalasPadam