Pilihan anda di PRU13

Rabu, 9 September 2009

1 Malaysia : 5 buat laporan polis

 Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiringi para pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral kepada mereka.

T Sivanesan seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo hari ini memberi keterangan pada inkues yang berjalan hari ini dan mendakwa beliau pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu - Bernama
DIALOG SOAL SIASAT KES JUTA-JUTA

PEGAWAI : Selamat pagi datuk, tujuan kami panggil datuk adalah berkenaan dengan siasatan rasuah bernilai 100juta diantara datuk dan Datuk B .

DATO A : Pagi, ya... saya dah diberitahu tentang itu... kamu boleh teruskan.

PEGAWAI : Soalan pertama. Benarkah datuk terlibat dengan rasuah tersebut.

DATO A : Mana ada. itu bukan rasuah... itu pemberian sagu hati...

PEGAWAI : Oooo.. kalau macam tu datuk memang tak pernah ambil rasuah la yer...

DATO A : Ya, saya memang tak pernah terlibat dengan rasuah.

PEGAWAI : Kalau macam tu, bagaimana akaun bank datuk menunjukkan simpanan datuk bernilai jutaan ringgit.

DATO A : Oh.. itu duit hasil titik peluh saya... dan juga sumbangan dari DATO B.

PEGAWAI : oooo itu sumbangan.. kami ingatkan rasuah... kami lepaskan datuk sekarang dan dengan ini kami mengistiharkan rasuah 100juta yang dilaporkan tidak wujud. Terima kasih kerana memberi kerjasama.

DATO A : ya..ya...ya... malam ni kita jumpa dekat hotel Z... Saya nak ucapkan terima kasih kepada kamu semua. Jangan tak datang pulak..

PEGAWAI : Baik datuk... kami akan datang.....

MANA ADA DERA-DERA... CUBA HANGPA LIHAT, MANA ADA SAPA YANG CACAT LEPAS JUMPA SPR. MANA ADA YANG LEBAM-LEBAM. SEMUANYA OK SAJA. KHIR TOYO SIHAT-SIHAT SAJA... TAKDAK LEBAM-LEBAM PUN...... ONG PUN SIHAT JE....
MATI!!!.... SAPA YANG MATI... MANA ADAAAA.... KALAU MATI PUN SEBAB BUNUH DIRI KOT.... SPRM MANA ADA BUNUH ORANG........

pi jahanammmm dengan ?????????????

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu