Salam semua.
AMAN.......
Tanpa kehadiran UBN di Penanti, suasana tenang. Tiada sebarang kekecohan. Nampak benar yang selama ini UBN yang menjadi pencetus huru-hara semasa pilihanraya. Tetapi, rasa rindu masih menyelubungi warga penanti. Rindu pada gelagat2 puteri yang sering tertonggek-tonggek menayangkan punggung. Rindu pada wanita2 UBN yang bermulut becok. Dan yang tak dapat ditahan adalah rindu pada kehadiran Najib disini. Kali terakhir warga Penanti melihat Najib secara 'live' ialah semasa melawat bilik gerakan di kubang semang. Dan itu mungkin menjadi yang terakhir kehadirannya disini. Kenangan yang Najib sendiri tidak mungkin dapat melupakannya.
Begitu juga kehadiran Tun Madey. Kali terakhir aku tengok muka Tun ialah semasa menyampaikan ucapan di Sek.Men Guar Perahu. Dah tak ingat aku tahun berapa. Masa tu UBN masih kuat. Ramai yang datang. Tun baru nak bagi ucapan, suasana yang cerah bertukar mendung. Tanpa disangka, petir a.k.a kilat menyambar sebatang pokok berhampiran Tun. Patah ranting dan speaker terbakar. Nasib tak sambar Tun. Kalau tak Tun mungkin tak sempat nak lihat kejatuhan UBN. Rasa-rasanya kalau Tun datang berkempen untuk Kak Min di Penanti pun kira OK jugak. Ramai sangat yang rindu kat Tun.
Rindu pada mat ezam dengan kotak-kotaknya. Dah lama tak dengaq cerita. La hang ada kat mana, warga Penanti tertunggu-tunggu kotak ajaib hang. Kalau nak dedah bukti, tak payah la tunggu UBN bertanding. Bila-bila masa pun boleh.
Suasana penamaan calon PRK P44 Pmtg Pauh sentiasa dirindu oleh semua warga penanti. Mana taknya, dapat bertemu dengan pemimpin2 UBN. Ingat senang ka nak tengok muka lepa ni. Dengan muka sekupang, sekor-sekor lepa berjalan nak ke pusat penamaan calon. Macam2 yang dikatakan oleh rakyat kepada mereka. Mau berdesing telinga.Bab ni aku respek kat lepa, boleh tahan jugak kesabaran lepa ni. Kalau orang lain, mau gaduh jadinya.
Kalau nak sebut tentang rindu aku kat UBN ni mau makan masa 3 hari 3 malam baru habis nak karang. Insyaallah, kalau diizinkan Tuhan, aku akan cuba untuk ke PRK Manek Urai untuk melepaskan rindu kepada UBN.
akira8047
kedaikopitepimasjid
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
5 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)