Tiga anggota UTK hadapi lapan tuduhan rompak
KUALA LUMPUR – Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan seorang peniaga mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan merompak secara berkumpulan pada April lalu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Koperal Sabaruddin Harun, 32, Pemangku Koperal Ahmad Razi Abd Talib, 27, dan Lans Koperal Aminuddin Salim, 28, masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Zaidi Abdullah @ Mohd Yusoff, 34, memberi pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.
Zaidi dan tiga anggota UTK yang kini digantung tugas itu, dituduh merompak lapan telefon bimbit pelbagai jenama, cermin mata, minyak wangi, wang tunai RM320 dan barang-barang kemas seperti cincin emas, rantai leher emas termasuk rantai tangan perak, melibatkan lapan mangsa berusia antara 16 hingga 40 tahun.
Tertuduh yang diwakili peguam PS Deol, dituduh melakukan kesalahan tersebut di No.115, Jinjang Selatan Tambahan daerah Sentul kira-kira jam 11 malam pada 11 April lalu.
Bagi tuduhan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan untuk setiap pertuduhan.
Sementara itu pada masa dan tempat yang sama, Sabaruddin turut menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), 1971, kerana ketika melakukan rompakan telah menunjukkan sepucuk pistol jenis Glock.
Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 21 Mei ini.
"one malaysia - semua boleh"
Sumber : sinar harian
akira8047
kedaikopitepimasjid
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
5 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)