Pilihan anda di PRU13

Khamis, 7 Mei 2009

1 Malaysia - Bangkit menentang kemungkaran

Hari ini 7 mei 2009. Sejarah bakal tercatat lagi di negeri Perak. Gelombang Hitam bakal melanda Ipoh diiringi doa para pejuang demokrasi. Dalam pada itu PM masih sempat mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan kebodohan sendiri.

Najib Razak semalam menegaskan, pemimpin yang baik adalah mereka yang dihormati dan disayangi rakyat, bukannya pemimpin yang ditakuti kerana kuasa yang dimiliki mereka.


Apa yang bakal berlaku si Perak hari ini menunjukkan rakyat menolak pemimpin dan kerajaan yang berkuasa, tapi bukan kerana TAKUT, rakyat menolak kerana BENCI dan MELUAT. Rakyat sekarang tidak lagi takut dalam menegakkan kebenaran. Rakyat sekarang tidak lagi takut bermalam di dalam lokap. Semuanya kerana mahukan keadilan ditegakkan. Para pejuang keadilan tidak pernah bermimpi dipuja dan disanjung, malahan mereka berjuang bukan kerana nama dan limpahan kemewahan. Mereka berjuang memerah keringat sendiri, bersulam pahit getir dan airmata dalam menegakkan keadilan.

Kebangkitan inilah yang ditakuti oleh Najib dan KERAjaan, kerana mereka tahu, suara RAKYAT suara KERAMAT.


akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu