Salam semua,
Ceramah perdana di Mengkuang Titi berlansung dengan aman tanpa sebarang kekecohan dari anjing2 kerajaan. Tiada si baju hijau floresan mahupun si helmet merah. Para penyokong yang hadir lebih kurang dalam 300 orang (kalau mengikut kiraan akhbar pencacai UBN).Ceramah yang disampaikan berkisar tentang krisis yang berlaku di perak dan penerangan tentang perletakan jawatan Fairus selaku adun Penanti.
Aku sampai ketika YB Mujahid menyampaikan ceramah berkaitan kekecohan yang berlaku di sidang dun Perak. Kekerasan dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN laknatullah dalam menghalal cara, mencemar bukan sahaja nama Perak malah menjadikan negara kita bahan ketawa negara luar. Rampasan yang amat memualkan.
Selepas itu diikuti dengan ucapan daripada YB Saifudin Nasution yang menyamakan rampasan kuasa di Perak yang mirip menyerupai rampasan kuasa di Fiji. Malah kerajaan UBN lebih dasyat apibila sanggup mengheret speaker keluar dari dewan yang mulia dan menangkap sesiapa yang berpakaian hitam. Walaupunbagaimapun rampasan di Fiji diputuskan oleh Mahkamah selepas hampir 2 tahun kes berlansung, mengesahkan rampasan kuasa tersebut tidak sah dan rakyat diberi kuasa untuk mengundi semula(kiranya macam dun dibubarkan). Saifudin juga menyifatkan Najib tidak berpendirian kerana masih belum mengumumkan samada untuk bertanding atau tidak. Sekiranya tidak bertanding, UBN akan mencipta sejarah apabila parti pemerintah tidak meletakkan calon tetapi sekiranya bertanding, najib jelas sebagai PM yang menjadi boneka Madey. PKR juga sudah bersedia menghadapi pertarungan dan hanya menunggu pihak lawan untuk turun padang. Insyaallah Penanti bakal meng'koma'kan UBN yang sedang nazak, dan PRU13 pula masa untuk ditalkinkan.
Dr Mansor mengambil alih pentas dengan mengajak masyarakat setempat menyokong PKR. Penanti bakal menjadi medan pertarungan yang akan menenggelamkan keegoan UBN yang makin fobia terhadap PRK. Ucapan yang ringkas dalam mengajak rakyat supaya sama2 bangkit menentang kekejaman rejim UBN terutamanya dalam isu di Perak.
DSAI menyampaikan ucapan dan penerangan berkaitan perletakan jawatan Fairus dan beberapa perkara berkaitan PAS Pmtg Pauh yang dimainkan oleh media2 pencacai UBN. Media2 yang digunakan untuk melaga-lagakan ahli2 dalam PR menyampaikan berita yang berat sebelah. UBN menggunakan sepenuhnya peluang melalui media2 ini agar PR goyah, namun katanya persetujuan telah dibuat berdasarkan beberapa perbincangan antara pucuk pimpinan parti dalam PR bahawa gabungan parti dalam PR akan memberi sepenuh kerjasama ke atas calon daripad PKR. Jadi tidak timbul lagi isu tak puas hati dalam meletakkan calon. Anwar juga menyelar pentakbiran najib yang menggunakan kekerasan dalam urus takbir kerajaan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemimpin2 Hindraf yang dibebaskan daripada ISA kerana berani mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan berterima kasih kepada kerajaan. ..............
akira8047
kedaikopitepimasjid
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
5 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)