Pilihan anda di PRU13

Isnin, 4 Mei 2009

Nepal huru hara - Malaysia bergembira

PM NEPAL LETAK JAWATAN - KEADAAN MENJADI HURU HARA

Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal meletak jawatan Isnin berikutan perbalahan yang wujud dalam kalangan pemimpin politik dan sekali gus menjerumuskan negara di banjaran Himalaya ini ke kancah huru-hara politik.

Dahal berbuat demikian sehari selepas beliau memecat panglima tentera negaranya Jen Rookmangud Katawal berikutan keengganan ketua tentera itu menerima kemasukan bekas pejuang berfahaman Maoist ke dalam pasukan itu.

Tindakan Dahal, yang juga dikenali sebagai Prachanda itu, bagaimanapun ditolak Presiden Ram Baran Yadav, yang mengarahkan panglima tentera itu kembali bertugas. Tindakan ini memberi tamparan hebat kepada Dahal.

"Saya meletak jawatan sebagai perdana menteri berkuat kuasa hari ini bagi memelihara demokrasi dan keamanan," kata Dahal dalam perutusan yang disiarkan melalui televisyen ke seluruh negara.

Parti berfahaman Maoist yang memerintah Nepal menuntut agar kira-kira 19,000 pejuangnya diterima menganggotai angkatan tentera. Tuntutan ini menjadi isu besar dan menimbulkan pergeseran antara Dahal, panglima tentera berkenaan dan presiden, hingga mencetuskan pergolakan politik di republik termuda dunia ini.

KALAU PM MALAYSIA YANG LETAK JAWATAN - RAKYAT AKAN BERGEMBIRA.

2 ulasan:

  1. PM Malaysia dah pun letak Jawatan Najib dah pun jadi PM Baru. Rakyat Malaysia tentulah Bergembira, yang merana adalah Anuar dan Kroninya

    BalasPadam
  2. kpd tanpa nama 22:47

    kita berbicara pada 4 mei 2009,

    dah tentunya PM - Najib.

    Jangan keliru, baca biar paham baru ulas.

    Sejak adanya PPSMI, makin bahlul jadinya rakyat Malaysia.

    Dah tak boleh paham B.Melayu.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu