Pilihan anda di PRU13

Selasa, 19 Mei 2009

PENANTI - Lagi calon bebas di N12







PENANTI 18 MEI-Calon bebas pertama N 12 Penanti semalam muncul dengan membuat kenyataan akhbar dengan mengemukakan alasan untuk membantu para belia dan juga membantu bagi menghalang remaja lepak dan juga merepit.Menyatakan akan bekerjasama dengan semua pemimpin bagi membantu meningkatkan kemahiran belia dan juga membantu menjana ekonomi. para belia dan juga penduduk tempatan.
Belau juga berkata jika memenangi kerusi N12 Penanti perkara pertama yang di fikirkan ialah membeli sebuah kereta mayat bagi meningkatkan perkhidmatan kerana beliau sendiri pernah mengalaminya apabila seorang saudara beliau meninggal kereta jenazah lambat sehingga terpaksa menunggu selama satu jam.
Mohd Sabri Bin Osman 49 seorang ahlii perniagaan kereta terpakai mewah menetap di Kuala Lumpur dan berkata beliau adalah anak jati Kubang Semang dan mempunyai ramai kenalan dan saudara mara yang meminta beliau bertanding sebagai sebuah negara demokrasi.
"Saya anak jati Penanti dan bersal dari Kubang Semang dan kerana itu saya menawarkan diri untuk masyarakat di Penanti,dan saya mahu berbaik dengan semua pemimpin untuk memudahkan saya berkhidmat untuk anak tempatan" Demikian dakwa Mohd Sabri lagi.
Beliau yang memunyai 6 anak kini pernah berkhidmat dengan angkatan tentera dan bersara dengan rekod yang baik, dan menjalankan perniagaan kereta terpakai dan terlibat aktif dalam kesatuan pengedar kereta terpakai.

Apabila ditanya sama ada beliau ditaja oleh Umno , beliau menafikan perkara tersebut dan menyatakan beliau tidak menyertai sebarang parti politik kerana itu beliau akan tetap menjadi calon bebas demi memberikan khidmat kepada masyarakat Penanti

Ramai yang hadir menyangkakan bahawa Aminah Abdullah akan muncul memberi sidang akhbar , namun terkejut dengan kemunculan Mohd Sabri.Beliau bersama penyokong akan bekerja dan menemui masyarakat tanpa mengira tempat dan akan berkempen dari rumah ke rumah sebagai satu cara beliau menjalankan kempen....wrlr

info terkini : 4 borang pencalonan telah dibeli setakat hari ini.


akira8047
kedaikopitepimasjid

4 ulasan:

  1. demokrasi menjamin setiap rakyat memilih/dan menyertai mana mana parti
    politik.namun perlu di ingatkan jikalau atas tiket bebas apa yang bolih di laku kan sekira mandat di berikan pada calun bebas.apa yang bolih di laku kan? sebagai contoh mari kita lihat wakil bebas yang sedia ada.mereka tidak ada sebarang dana /peruntukan dari pemerintah. bagaimana mereka nak membantu rakyat?
    contoh ibrahim ali wakil bebas.apa yang beliau laku kan?. justeru itu pengundi harus menguna kan undi mereka dengan bijak. BN sudah tidak bolih di harap!!undi PR harapan baru rakyat malaysia!!!

    BalasPadam
  2. hai....rakyat malaysia,

    Korang jangan mudah percaya kat calon bebas, depa ni tak pernah bebas dari umno.

    Depan kita waktu nak calon, cakap semua akan buat. bila dah menang batang hidungpun tak nampak. susah senang rakyat depa tak peduli. banyak dah contoh berlaku, calon bebas lebeh berminat pada wang umno. sbb tu depa kajap lagi jadi umno.

    sedarlah wahai orang penanti. jgan termakan dengan manusia yang mudah memberikan janji yang tak masuk akal dan tak munasabah. kalau pendekatan tidak sebaik Pakatan Rakyat, lupakan lah woiiiiiiiiiii.

    umno dah berkubur, sekarang ni hanya pencacai je yang cuba digunakan untuk menyambung nyawa umno.

    kuatkan usaha untuk berkempen dr rumah2 , terangkan penipuan umno dan calon bebas. pastikan kemenangan milik kita.

    Hidup pakatan rakyat, Lingkup umno.

    Munawir jamban

    BalasPadam
  3. kah kah kah... bebas yeh? Cuba tengok songkok tu... tinggi tu... ala ala umno...

    mesti mangkok ni ingat dia boleh menang kot... pastu isytihar "sokong UBN"...

    cheh... bebas kunun... kalau ikhlas sekarang jugak lah kasi sponsor itu keta jenazah... Alphard ka Vito ka... kan dia meniaga keta import... tak main la van biasa... apa kelas...??

    BalasPadam
  4. setakat nak beli kereta mayat alasan nak bertanding buang masaja.dah kata tokey kereta so apa lagi derma la satu toyota alpard ka estima ka kat rakyat dun penanti,baru class.silap2 hang orang pertama dapat naik pasai kalah teruk pilihanraya ni

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu