Pilihan anda di PRU13

Selasa, 26 Mei 2009

PENANTI - Dah la tak bertanding, dengki pulak tu.

Salam semua,

Penanti : Persaingan agak sengit antara PKR dan SPR. Walaupun UBN tak bertanding, parti kompenen terbaru BN mula menunjukkan taring. Pelbagai arahan yang tak munasabah di buat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Bila nak berceramah tak boleh nak cari kesalahan parti yang tak bertanding. Abis tu, pilihanraya ni untuk apa? Dan yang paling terbaru , arahan menurunkan bahan-bahan berkempen di depan bangunan umno pmtg pauh, sungai semambu. Tak pulak lepa suruh calon bebas buang poster. Kenapa hanya PKR? Pelik....Pelik....

Isu tak boleh cari kesalahan atau memburuk-burukkan parti yang tak bertanding. Ini pun ketegori pelik jugak. Kalau dah elok, orang tak akan komen. Yang selalu disebut oleh pembangkang isu-isu yang merugikan negara dan rakyat. Kalau yang tu pun tak boleh, mana demokrasi yang hangpa laung-laungkan. Tujuan setiap parti yang bertanding adalah untuk meyakinkan kepada rakyat tentang perjuangan mereka. Bila nak meyakinkan rakyat, perlu ada perbandingan. Bila nak buat perbandingan, takkan nak buat perbandingan dengan Kak Min. Tentunya bila nak buat perbandingan, mesti dengan parti yang memerintah. Perkara-perkara yang dibandingkan adalah demi kepentingan rakyat. Rakyat wajib mengetahuinya. Kalau dah tak bertanding, tak payah dok sibuk lagi pasal penanti. Tumpukan pada pemulihan ekonomi sudah la..... Kini terdengar ura-ura UBN nak bawak lari pengundi pada 31 MEI. Macam ni pun ada lagi. Kalau lepa bertanding, lepa bawak masuk ramai pengundi hantu, kalau tak bertanding, nak culik pengundi pulak. Takkan terdesak sampai macam tu. Kalau setakat nak bawak pi bukit kayu hitam, lain kali pun boleh. Bukannya jauh pun , tak sampai 2 jam.

akira8047
kedaikopitepimasjid

1 ulasan:

  1. burgergorengparit busuk27 Mei 2009 pada 1:31 PTG

    bro Akira..
    semalam ada sorang pak cik mai rumah aku..
    dok bunyi hon moto x berhenti2..
    aku pun g la tengok..
    pak cik tu tnya aku..nak pi Padang Besar tak?? free pnya..
    bawak la satu family..
    tak kena duit punya..
    aku pun dengan penuh bersemangat pun tnya la..
    bila tarikh nak pi sana..
    dengan pantas dia bgtau..
    31 MEI 2009..
    ni rombongan mana nii???
    tolong ushar sat..

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu