Salam semua,
Suasana pilihanraya sudah mula terasa. Deretan trak2 orang suruhan UBN berkeliaran siang dan malam. Jalanraya mulai sesak. Kehadiran makhluk2 yang tak dikenali semakin bertambah. Begitu juga kehadiran Khairi Jamaluddin, Syarizat dan Zahid Hamidi dua tiga hari yang lepas menimbulkan pelbagai pertanyaan. Perancangan UBN semakin licik. Berkemungkinan akan bertanding dalam diam. Begitu juga dengan calon bebas yang terbaru(info disini) selepas Kak Min dan Mohd Sabri(info disini).
Ceramah sulung markas depan masjid jamek kubang semang mendapat sambutan walaupun keadaan sedikit caca merba. Penceramah ada yang tidak dapat menghadirkan diri di saat akhir membuatkan masyarakat yang datang sedikit hampa. Namun deretan kedai di dalam markas tersebut menjadi pengubat kepada para penyokong yang hadir. Diharap pihak penganjur dapat memperbaiki segala kekurangan agar para penyokong yang hadir berpuas hati.
Selepas ceramah, pemuda qariah kubang semang bermesyuarat untuk melantik beberapa orang dalam mengendalikan hal ehwal PRK kali ini. Perubahan yang amat ketara apabila jawatan kuasa yang lepas meyerahkan tugas keseluruhannya kepada golongan muda dalam mengendalikan pilihanraya kali ini. Satu perubahan yang amat positif. Warga-warga yang dilantik akan dipantau oleh seorang mentor . Pendedahan sebegini secara tidak lansung dapat memberi golongan muda yang masih 'fresh' pengalaman. Lagipun jawatan kuasa yang lama rasanya tinggal tak berapa hari saja lagi nak padam. Kah kah kahhhhh....
Biasa la, yang dah lama ni kadang2 ada jugak yang nak jadi perangai macam UBN, selagi boleh tak mau nak lepaskan jawatan. Kiranya nak bolot semua sampai masuk kuboq. (Kalau ada orang kampung ni yang baca, hangpa jangan nak marah, kalau hangpa buat silap aku tetap hentam punya. Aku bukan mat bodek macam dalam UBN. Yang salah tetap salah. Mana yang boleh diperbaiki, segerakan.... jangan dah jadi karat baru nak 'polish'.)
akira8047
kedaikopitepimasjid
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
5 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)