Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 30 Mei 2009

PENANTI - Siapa yang menggadaikan agama?

Perjuangan Islam adalah perjuangan suci yang mengagungkan al Quran dan as Sunnah. Namun, di sana, disebabkan terdapatnya golongan-golongan yang mengganggu, maka, terancamlah perjuangan Islam ini. Di sana, kedapatan beberapa golongan yang menganggap mereka cerdik, sedangkan hanya menggunakan akal sahaja, dan mentafsirkan al Quran dan Hadis tanpa mempelajari ilmunya.

Mereka mendakwa mereka lebih faham, tetapi yang menjadi kekeliruan, mereka menjatuhkan orang yang dikatakan separuh faham ini. Mereka juga mengatakan bahawa, jemaah ini bukannya faham sangat, jemaah kita lebih memahami. Sedangkan mereka sedaya upaya menjatuhkan jemaah yang dikatakan kurang memahami tersebut.

Kelakuan mereka ini tidak lain, hanya menjahanamkan Islam semata-mata. PAS tidak pernah terlintas untuk menjatuhkan Hizbut Tahrir, Tabligh, JIM dan sebagainya, tetapi segelintir daripada yang dengkikan perjuangan PAS, menolak PAS mentah-mentah. Sekiranya anda merasakan manhaj anda lebih hebat dan bermutu, teruskanlah dengan manhaj tersebut. Adakah di dalam manhaj tersebut menyuruh kita menjatuhkan jemaah lain tanpa sebarang sebab?

Mereka juga mendakwa bahawa mereka dibarisi oleh ulama’ mereka, dan ulama’ PAS hanya memperjuangkan sesuatu yang kotor. Sedangkan mereka cuba mengotori dan menajiskan perjuangan Islam. Berdalih-dalih mereka mengemukakan hujah, sedaya upaya menampakkan kecerdikan mereka dalam berhujah, tetapi hakikatnya, kebodohan mereka yang lebih terserlah.

Kebodohan ini seharusnya ditutup dengan bertanya, dan mempelajari. Adakah setakat baru memahami terjemahan sekerat dua ayat al Quran, sudah mampu menaikkan seseorang itu lebih canggih daripada ulama’? Apabila disebutkan kitab tauhid, terus sahaja dikatakan “Kamu hanya berpegang dengan kitab kamu sahaja, sedangkan al Quran dan as Sunnah tergadai”.

Entah, saya kurang pasti, dia tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan kitab tauhid yang berjuta-juta terdapat di dunia ini. Kadangkala merasa bosan apabila ingin menjawab kritikan orang-orang seperti ini. Mereka seolah-olah mengatakan mereka mempunyai dalil yang lebih kukuh. Maka persilakanlah anda dengan dalil anda.

Mungkin ramai yang keliru, siapakah yang dimaksudkan sebagai pelempar najis kepada perjuangan Islam sepertimana yang dimaksudkan? Maka, jawapannya ada pada sesiapa yang merasa pedih dengan pekara ini. Sesiapa yang tidak merasainya, maka bukanlah mereka orangnya. Maka, saya menasihatkan kepada mereka agar tidak sekepala dengan UMNO untuk menajiskan perjuangan Islam yang suci ini.

Persoalan yang dari dahulu lagi tidak dapat saya rungkaikan, iaitu, kenapakah mereka bersungguh-sungguh menjatuhkan PAS? Apakah dosa PAS lebih teruk berbanding UMNO? Atau apa? Saya harap mereka dapat menjawab soalan ini dahulu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu