Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 15 Mei 2009

1 Malaysia - Lagi penjenayah ditembak

KUALA LUMPUR 14 Mei - Seorang penjenayah dipercayai ahli geng pecah rumah ditembak mati ketika cuba merampas pistol seorang anggota polis di hadapan Pondok Polis Komuniti Taman Taynton View di Jalan Datuk Haji Harun, Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang, suspek yang berusia 20-an mati di tempat kejadian selepas satu das tembakan yang dilepaskan anggota polis itu, mengenai kepalanya.

Sebelum itu, suspek bersama tiga lagi rakannya menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam dikesan sebuah kereta peronda polis dalam keadaan mencurigakan di Taman Mutiara Barat di kawasan yang sama.

Menyedari kehadiran polis, kumpulan penjenayah itu bertindak melarikan diri menyebabkan polis terpaksa mengejar mereka.

Ketika dikejar, kereta yang dinaiki empat suspek itu melanggar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuk sebuah bas menyebabkan kereta mereka rosak di Jalan Eng Bee, kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim berkata, selepas menyedari kereta mereka rosak, kesemua suspek keluar dari kereta dan melarikan diri.

"Anggota polis peronda berjaya menahan salah seorang daripada mereka, tetapi dua lagi berjaya meloloskan diri.

"Seorang lagi suspek yang sedang berlari menghala ke pondok polis komuniti, disedari seorang anggota polis bertugas.

"Suspek tersebut cuba melawan ketika cuba digari anggota polis berkenaan, malah dia juga cuba merampas pistol. Keadaan itu memaksa anggota terbabit melepaskan tembakan menyebabkan suspek mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Ahmad Amir, pemeriksaan lanjut terhadap suspek yang mati ditembak itu mendapati dia memiliki satu rekod jenayah curi kenderaan.

"Polis percaya kesemua suspek yang berusia 20-an itu mungkin geng pecah rumah berdasarkan penemuan beberapa peralatan dalam kereta suspek yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah. Bagaimanapun tiada senjata ditemui," tambahnya.

Mayat suspek dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Ahmad Amir memberitahu, polis sedang membuat siasatan lanjut dan akan telah melancarkan usaha memburu dua suspek yang masih bebas.


sumber : Utusan Online
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu