Pilihan anda di PRU13

Selasa, 5 Mei 2009

TERKINI (dikemaskini): Lagi blogger ditahan dibawah akta hasutan

TERKINI DARIPADA SK.

Blogger Wong Chin Huat ditahan di bawah Akta Hasutan 8mlm tadi berhubung dengan isu DUN Perak : kini di tahan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (Belakang Bank Negara)

DIKEMASKINI :

IPOH: Salah seorang penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, yang dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak Khamis ini, ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi.

Peguamnya, Edmund Bon ketika dihubungi mengesahkan anak guamannya ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur.

"Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan) dan sehingga sekarang (9.30 malam), saya belum dapat menemuinya," kata beliau.

Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong.

Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan untuk membantu siasatan.

"Kami akan menyoal siasat (Wong) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami juga sedang mengenalpasti sama ada dia yang mengedarkan SMS tersebut diedarkan olehnya (Wong),"katanya ketika dihubungi The Star hari ini.

Wong dipercayai telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana.

Penahanan Wong dipercayai berkaitan dengan satu sidang media yang telah diadakan oleh Bersih hari ini.

Bersih dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan protes baju hitam menjelang sidang DUN Perak yang bermula Khamis ini di sini.

Ia merupakan sidang pertama sejak tercetusnya krisis politik Perak Februari lalu.

Krisis itu membawa kepada peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

sumber mStar

7 ulasan:

  1. PADAN MUKA,MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

    KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

    BalasPadam
  2. parpu kari...

    terima kasih kerana sudi menjengah...

    hang ni kategori blogger TOP....

    semua orang kenai....

    pelayar2 serta sahabat2 sekalian, anda boleh menjengah blog Parpu Kari......

    Blog yang meletup-letup

    kah kah kah....

    BalasPadam
  3. blog2 penjilat umno,mcm parpukari..memg boleh tulis mcm2..tkyah cabar2 ler..rakyat dh tolak hangpa bn..

    BalasPadam
  4. Blog sampah... elok masuk dalam kari saja.

    Ingatkan dasyat,... rupanya hampeh blog parpu kari....

    sememangnya layak jadi pencacai umno...

    lagi ramai manusia mcm parpu, lagi bagus..

    cepat berkubur umno laknatullah...

    BalasPadam
  5. parpu kari
    tukang masak mamak zambry
    tukang jilat umno hadhari
    sampai kemati tak sedar diri

    parpu kari
    dok peram dua tiga hari
    jilat punya jilat ibu jari
    rupanya dah basi itu kari

    parpu kari
    perasan macam bijak bistari
    orang ramai dok perati
    buat blog syok sendiri

    BalasPadam
  6. tlg link blog ini.tima seh.....tak jauh dengan tepi masjid

    BalasPadam
  7. Insyaallah saudara bebas,

    saya akan buat link saudara bila berkelapangan.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu