Pilihan anda di PRU13

Isnin, 4 Mei 2009

PENANTI - 50 Tahun BerKARAT


Petang tadi masa dok sembang2 kat kedai kopi tentang pilihanraya yang bakal berlansung. Ada satu pakcik, mai dari mana pun aku tak tau.... tapi pakcik ni KARAT punya orang. Tanpa salam dia datang mencelah.


Pakcik ni kata:

" kalau bukan sebab umno, hangpa semua tak rasa kesenangan macam sekarang. Hangpa takkan rasa kemajuan macam sekarang. Kalau bukan jasa umno, negara ni lagi teruk dari bangla"

Panas jugak bila tengah rancak bersembang ada orang menyampuk tanpa salam. Boleh berasap dibuatnya. Tapi bila terkenangkan umur pakcik ni yang kelihatan dalam lingkungan 60'an, rasa marah turun mendadak. Tapi rasa nak hormat tu memang tak dak barang sekelumit.

Jadi ada la member yang jadi tukang jawab :

"Assalamualaikum pakcik, rasa2nya pakcik bukan orang sini sbb tak penah nampak muka. Orang tua2 belah sini kata kalau mai umah orang kena bagi salam. Kena hormat tuan rumah. Yang pakcik marah sangat kat kami ni pasai apa... kami ada otak, kami ada prisip dan kami pilih jalan yang kami mau. Untuk pengetahuan pakcik, kami semua berterima kasih kat umno kalau betui lepa yang bagi kemajuan kat negara kita. tapi kalau pakcik nak tau, kalau la umno diberi mandat lagi 10tahun memerintah, kami ingat Bangla lagi maju dari kita. Kalau Tuhan izinkan, pakcik tunggu dan lihat, tu pun kalau umuq pakcik panjang laaa."

Dengan muka berkarat, pakcik tadi blah....
Nak kata apa pun dah tak boleh masuk, bayangkan 50 berkarat. Cuba hangpa pikiaq besi yang dah berkarat selama 50 tahun, sembuq wd40 pun tak jalan, taruh Autosol seguni pun tak berkilat dah. Hantaq celup 'chrome' pun kilang tak terima. Kalau hantaq pi besi buruk, Insyaallah diterima.

6 ulasan:

  1. gambar macam umur 80 saja.

    kah kah kah

    gerenti karat benor.

    BalasPadam
  2. Ermm..akal PKMB gitulah.Lebih lanjut dijemput baca tulisan saya di bawah tajuk "Melayu Tanpa PKMB" di http://gedungakal.blogspot.com/. Sila klik ok. Promosi sikit ok.

    BalasPadam
  3. try la taruk acid pulak. HCL ke.. mana tau bleh hilang karat tu. bukannya tak pernah berlaku ..(walaupun jarang2 satu dua).

    BalasPadam
  4. kadang2 tunggu kubur panggil jer.

    nak harap berubah.... susah sikit,sebab dah lama sangat pemikiran dijajah.

    BalasPadam
  5. kah kah kah… SAMPAI BILA NAK PUAS HATI… DAH BERTAHUN…kah kah kah..

    kah kah kah… MASA BUAT DASAR TAK PERNAH BINCANG… kah kah kah

    kah kah kah….LUPA KE … DASAR INI MADEY YANG BUAT SORANG DIRI…kah kah kah..

    woit… NAK MASA PANJANG MANA?… BERAPA BATU PANJANGNYA… kah kah kah..

    BalasPadam
  6. OPSS.....

    Silap channel...

    Kah kah Kahhh....

    aku nak ulas mat sembab....

    I'mmmmm Sorryyyyy..

    Kah kah kahh..

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu