Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 15 Mei 2009

PAKATAN RAKYAT : Salahkah Pas bekerjasama dengan DAP dan PKR

Salam semua,

Kebanyakkan pencacai2 umno hari ini mempersendakan kerjasama antara PAS selaku parti yang berteraskan islam bergabung dengan DAP dan PKR. Mereka menganggap DAP sebagai kafir. Contohnya di Perak, Nizar dihentam dengan pelbagai fitnah, semuanya berkaitan Cina a.k.a DAP. Kadangkala apabila berlaku perselisihan pendapat aku dengan kawan2 yang berlainan fahaman politik, isu sebegini sering dibangkitkan. Mungkin juga mereka lupa tentang MCA dan MIC. Mungkin juga bagi mereka sesiapa yang menyokong BN samada ahli atau parti kompenen dianggap islam.... ISLAM HADHARI gamaknya...... Biarkan...biarkan..biarkan... ( cilok dr pak pandir dan wak banjar)

Di zaman Rasullulah sendiri pernah terjadi kerjasama antara orang Islam dan Yahudi. Adakah puak2 UBN mahu menafikannya. kalau nak nafi jugak.... memang jahil tahap gila babi...

Dalam pembentukkan sebuah negara yang dihuni pelbagai bangsa dan agama, Rasullulah telah merangka satu perjanjian iaitu perjanjian Madinah. Juga dikenali sebagai Piagam Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan syariat Islam bagi membentuk sebuah negara(Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum. Dalam membentuk piagam tersebut Rasullullah telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
  • Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
  • Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
  • Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Tujuan Piagam Madinah

  • Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
  • Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
  • Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
  • Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
  • Mewujudkan keamanan di Madinah
  • Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
  • Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
  • Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
  • Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
  • Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
Sekiranya Islam itu sendiri menganjurkan kita berbuat baik tak kira bangsa atau agama, mengapa masih ada segelintir rakyat Malaysia yang jahil melalak-lalak mempertahankan 'Ketuanan Melayu'. Bukankah Rasullullah sendiri sanggup bekerjasama dengan kaum Yahudi dalam pembentukan sebuah negara. Jadi, apa yang salahnya kerjasama antara PAS dan DAP. Wahai pencacai2 umno, bila berbicara kena jaga-jaga.... bukan apa, takut tersasul hingga membawa M****D saja. Kadangkala lidah yang tak bertulang sanggup mempertahankan fahaman politik berbanding agama.

Wassalam.

ALLAHUAKHBAR!!!


akira8047
kedaikopitepimasjid

4 ulasan:

  1. Adakah selama 50 tahun umno berkuasa di Malaysia ini mereka membuat kegiatan dakwah yang sistematik dan berterusan bagi memperkenalkan Islam kepada seluruh rakyat Malaysia yang bukan Islam. Jawapannya TIDAK.

    Kalau adapun semasa zaman Tunku saja, dapatlah kita tengok pemimpin spt Tun Omar Ong Yok Lin dan Tun Fuad Stephen masuk Islam. Itu Islam kulit saja tanpa isi.


    Tapi pemimpin lain memang tiada jasa langsung dalam hal ini. Mereka menjauhkan bukan Islam dari agama Islam. Malah menakutkan mereka dengan Islam. Bahan utama yang digunakan adalah Pas(negara Islam.. Hukum Hudud).

    Jadi umno tiada hak langsung untuk salahkan Pas yang bekerjasama dengan Dap dan PKR. Sekurang-kurangnya Pas telah mengenalkan mereka pada Islam, budaya melayu dan adap sopan yang diajar Islam selama mereka berkawan.

    Tanya umno kenapa berganda-ganda orang keturunan Cina memeluk Kristian dari memeluk Islam. Mana Mufti, mana Penasihat Agama, mana Jawi dan apa Ketua-ketua Agama tiap-tiap negeri dalam negara ini buat. Makan elaun dan gaji buta serta guna kemuhan free saja ke?!!!

    BalasPadam
  2. Sebenarnya UMno ni nak menegakkan benang yang basah.Alih-alih dalam sidang akhbar di Indonesia DS Najib mengatakan yang beliau bukanlah punca politik Perak bergolak.

    Dah habis kelentong rakyat Malaysia,beliau gi kelentong kat Indonesia pulak.Nasib baik kerana beliau menghadiri sidang Summit.Kalau tak sah kena halau macam kes Tun Ghafar dulu.Tak pasal-pasal kena halau.Dia ingat orang Indonesia ni macam orang kampung dia boleh digula-gulakan.
    Dia tak tahu ke yang orang Indonesia ni kalau nak banding dengan orang bak politik umpama langit dengan bumi.

    Mengaku ajelah yang kamu ni memang Pobia bila sebut pilihanraya.Pasal dia dah kira,kalau buat pilihanraya pasti PR akan dapat majoriti 2/3.Saya dah tengok dalam mangkuk tanah liat yang Pas mungkin akan bertambah kerusi sekurang-kurang 8 kerusi.Itu tak termasuk Dap dan PKR lagi.Najib kata nak mampus kalau ada pilihanraya.Tun M pun dah ramal BN akan hilang banyak kerusi.Tu yang buat UMno pobia sangat dengan pilihanraya.Yang lain boleh sebut,pilihanraya jangan sekali-kali sebut.

    Macam dalam kempen PRK tempoh harilah.Lain boleh sebut tapi Altantuya dilarang sebut.Siap dengan Warning daripada polis lagi.Buat kempen "mohon restu rakyat tak laku langsung.Siap dijadikan isu kempen PR pulak.Dia ingat rakyat sekarang macam dulu boleh digula-gulakan.Adakala saya lihat para Pemimpin UMno ni macam masih duduk dibawah tempurung pulak.Sedarlah.....sekarang ini zaman IT,bukan macam dulu.Rakyat boleh dapat maklumat lebih cepat daripada media massa prokerajaan.Apa yang kamu kata tu rakyat dah pandai nilai dah sekarang ni.Janji-janji kamu pulak dalam pilihanraya buat rakyat meluat aje.....tak pernah tunai.Isu-isu yang dibawa pulak dah lapok dah.Bila kalah mulalah canang kat seluruh negara yang melayu dah berpecah.Rakyat dah tahu yang berpecah bukannya bangsa melayu tetapi UMno yang sebenarnya berpecah pasal dok berebut pangkat dan harta.Bila tak dicalonkan mulalah berlaku cantas-mencantas sesama sendiri.

    Kalau Pak Lah depa bagi 5 tahun aje memerintah.....Najid pulak kita bagi 31/2 tahun dah lah.Baru naik LRT sekali dah ngaku berjiwa rakyat.Itu pun siap suruh rakyat kenang yang beliau ni pemimpin berjiwa rakyat.Buat ngabih beras je bela orang macam ni.Kalau nak jadi pemimpin berjiwa rakyat,jangan duduk kat istana Putrajaya.Sewa aje flat DBKL dua bilik,baru boleh tahu macam mana kehidupan rakyat jelata.

    Sebenarnya UMno ni dah start gali kubur sendiri dah.PRU 13 ni,kita kuburkan terus UMno.Simpan dalam dalam lipatan sejarah.Macam kata Tun Musa,UMno ni dah tua dah macam-macam penyakit ada.

    BalasPadam
  3. PAS lebih banyak di liwat oleh DAP dan PKR

    1-Di Selangor PAS menyamaratakan Islam dengan Agama-agama lain dengan konsep Kesamarataan Agama, Rumah ibadat agama lain dibenarkan pembesarannya tanpa had. Bilangan kuil-kuil haram melebihi jumlah Masjid di Selangor, dan kuil-kuil ni tak lah besar sangat, dengan adanya polisi ini bilangan kuil-kuil ini akan lebih banyak dan lebih besar di Selangor, walaupun jumlah penganutnya sedikit. Kalau Nabi bina Masjid, orang PAS "Tolong Besarkan Kuil"

    2-Dasar kesamarataan Agama ini juga telah membuatkan PAS rela nama Allah di gunakan untuk Tuhan orang Kristian. Orang PAS menyokong penuh cadangan ini., orang kristian PKR menjadi penaungnya, PAS dengan senang hati memberi sokongan. Allah Yessus akan di gunakan oleh Orang Kristian PKR. Bagikan orang yang seronok di liwat PAS merelakannya. Untuk pengetahuan hanya Ulamak PAS dan orang-orang PAS sahaja yang setuju, orang Islam di Malaysia menentang cadangan ini.

    3-Orang PAS perak tidak membantu orang Melayu PERAK. Kerajaan PAS PERAK kurniakan tanah 999 tahun kepada kroni DAP, premium tanahnya pula mendapat potongan 30%. WOW kroni DAP kesukaan kerana dapat Loteri. bayangkan berapa banyak yang dia orang dapat. Orang Melayu dapat tanah tapi 99 tahun je, premium tanah bayar penuh. Adil untuk PAS sakit untuk Melayu.

    BalasPadam
  4. Salam Sahabat Sekampung...

    Memang benar pada zaman Rasulullah Yahudi dan Islam berkerjasama, tapi pada waktu itu, dominannya adalah Islam di bawah pimpininan Nabi.

    PAS mempunyai perjuangan asal yang cukup suci untuk menegakkan Islam, namun setelah cuba bersatu dengan DAP, PKR, dominasi mereka hilang.

    Kalau PAS boleh mendominasi kerajaan Pakatan Rakyat seperti di Kedah dan Kelantan...situasi di PERAK tidak akan berlaku.

    Bagi saya, secara peribadi, mengakagumi pimpinan Ustaz Azizan yang cukup tegas, memang salute, kalau lah Nizar boleh sedemikian rupa....

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu