Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 2 Mei 2009

Takkan Dr. Chua pun nak jadi KATAK.

MELAKA, 2 Mei (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak meneruskan hasratnya untuk melompat parti dan menyertai pembangkang.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan dan bekerja keras memperkuatkan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya berharap tidak akan berlaku keadaan itu (lompat parti), apa yang penting kepada kita, kita mempunyai masa yang singkat iaitu dua setengah tahun untuk membangunkan negara ini dan untuk mempertingkatkan kekuatan BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan Dr Chua yang tidak menolak kemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana mendakwa semakin tidak berperanan dalam parti termasuk sebagai pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

KALAU APEK NI LOMPAT, IBRAHIM ALI AKAN DAPAT MEMBER BARU......

GENG KATAK AKAN BERTAMBAH..KAH KAH KAHHH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu