Salam semua.
Keadaan di Penanti terkawal setakat ini. Tiada sebarang pergaduhan atau kekecohan besar berlaku. Dalam tempoh kurang 12 jam dari sekarang, kira2 15k pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk menetukan pemimpin di kawasan ini. Dr Mansor dilihat sebagai calon pilihan berikutan UBN tidak meletakkan calonnya di N12 Penanti.
Sejak bermulanya kempen, calon bebas cap kunci Aminah a.k.a minah ronggeng merupakan calon yang menjadi sebutan. Bukan kerana kewibaannya, tapi kontrovesi yang dibawanya. Malahan media2 arus perdana lebih memfokuskan dirinya berbanding calon bebas yang lain. Oleh kerana kenyataannya banyak dikeluarkan oleh media, ramai yang tertanya-tanya kesahihan kenyataan beliau. Sehingga hari ini, masih belum nyata apa yang nak didedahkan oleh beliau.
Bila lagi nak bagi kejutan. Ramai yang ternanti-nanti di Penanti. Nak tunggu bila?, Masa berkempen dah nak hampir tamat. Nampaknya, kejutan yang dikatakan beliau adalah pembohongan semata-mata. Atau mungkin mat ezam belum membawa kotak2 ajaib untuk didedahkan. Hanya kunci ditangan kak min, kotak dan isinya di tangan mat ezam.
akira8047
kedaikopitepimasjid
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
5 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)