Salam semua,
Krisis Perak, makin memeningkan. Penyelesaian yang amat mudah, tapi kenapa tak dilaksanakan? Adakah raja gumbira apabila rakyat merana? atau UBN terlupa bahawa mereka sedang menggali lubang kubur untuk PRU13...
Apa yang UBN takut sebenarnya?
-Pakatan Rakyat
atau
-RAKYAT
Bagi aku, UBN sebenarnya takut kepada RAKYAT, bukannya Pakatan Rakyat. Mereka sedar bahawa kuasa RAKYAT mampu meruntuhkan kuasa pemerintahan yang dibina sekian lama. Ada apa dengan Pakatan Rakyat. Hanya gabungan diantara parti pembangkang. Pakatan rakyat tidak mungkin dapat memerintah 5 negeri sekiranya RAKYAT tidak memilih mereka. UBN juga sedar, sekian lama mereka memerintah juga kerana RAKYAT, dan kini penolakan RAKYAT semakin ketara. Kuasa RAKYAT yang membuatkan mereka hampir-hampir dikuburkan dan berkemungkinan besar pada PRU13 yang akan datang UBN akan terus terkubur(Insyaallah).
Krisis di Perak menjadi perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan seluruh dunia sedang memerhati. Dengan menghalang keadilan dan demokrasi ditegakkan, UBN seperti sedang menggali lubang yang sangat luas untuk dikuburkan. RAKYAT Malaysia hari ini sudah cerdik. Susah nak diperbodohkan oleh UBN lagi. Media-media arus perdana tak mampu lagi nak memperdayakan mereka. Tak payah dok kelentong bab perlembagaan, RAKYAT hari ini bukannya buta seperti 50, 60 tahun dahulu. Tak payah nak gunakan badan kehakiman atau agensi kerajaan yang lain untuk menghalal-cara. RAKYAT dan boleh baca taktik yang digunakan. Dengan menghalang pembubaran dun di Perak, RAKYAT dapat menilai setakat mana keikhlasan UBN dalam memerintah negara. Meraka hanya inginkan kuasa, bukannya mementingkan kebajikan RAKYAT. Kalau UBN mementingkan kebajikan RAKYAT, apa lagi.... BUBARKAN DUN PERAK SEKARANG!!! serahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih
akira8047
kedaikopitepimasjid
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
5 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)