Pilihan anda di PRU13

Isnin, 11 Mei 2009

PERAK : Kebenaran Terbukti, Najib tak puas hati

Salam semua,

Alhamdulillah,

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut. Perjuangan DSIN dan rakyat negeri Perak yang menuntut keadilan ditegakkan telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Kuasa Tuhan penentu segala-galanya.

Tapi kerajaan UBN masih dengan egonya. Lihatlah kenyataan 'Najib the Satan" :

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.

Ditanya sama ada pilihanraya mengejut patut diadakan, Najib menjawab: "Saya tidak dapat mengulas perkara itu kerana ianya bergantung kepada kebijaksanaan Sultan Perak."

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, perdana menteri berkata: "Saya boleh jumpa baginda pada bila-bila masa".

"Saya tidak mengulas banyak, langkah pertama kita adalah merayu terhadap keputusan itu."

Mengenai tarikh untuk membuat rayuan tersebut, Najib berkata: "Kita akan dapatkan tarikhnya (untuk merayu) secepat mungkin. Kemungkinan esok."...mStar

Najib masih sedaya upaya mempertahankan rampasan yang dilakukan. Masih ingin menegakkan kepalsuan. Padahal seluruh dunia sedang mentertawakannya. Alahai Najib, apa lagi cara yang hang nak guna. Bawak2 la bertobat....



akira8047
kedaikopitepimasjid

3 ulasan:

  1. KKTM,
    suruh najib bertaubat, macam le tunggu hujan naik kelangit.
    mustahil sekali

    BalasPadam
  2. NAJIB BERTOBAT.....

    ALHAMDULILLAH.........

    SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI SEGALA DOSA-DOSANYA.

    TAPI MACAMMANA DOSA SESAMA MAKHLUK..
    JENUH NAK MINTAK MAAF SATU MALAYSIA.

    BalasPadam
  3. "Saya boleh jumpa baginda pada bila-bila masa"

    fuh... dasyat.....

    wahai najib, ingatlah... Allah Maha Berkuasa... Sekiranya Allah tetapkan kematianmu sebelum berjumpa tuanku maka perkara tersebut pasti terjadi kerana Dia Maha Berkuasa. Tapi kamu... hanya manusia syaitan yang takbur. Bertaubatlah sebelum terlambat

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu