Pilihan anda di PRU13

Ahad, 3 Mei 2009

PERAK - Zambry, kuasa ditangan Tuanku mampu lengapkan keangkuhannya.

Perak negeri yang kaya dengan bijih timah pada satu ketika dulu masih belum pulih dari keadaan caca merba di bawah pentakbiran kerajaan haram. Rampasan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sama tarafnya dengan rejim Israel yang ingin merampas tanah penduduk Islam di Palestin. Cuma yang berbeza cara rampasan. Kerajaan haram yang diterajui oleh Zambry pada masa kini menggunakan tipu daya dalam menghalal cara. Rejim Israel pula menggunakan peperangan dalam usaha menakluki Palestin. Matlamat yang sama, merampas 'hak' yang bukan milik sebenar. Yang menjadi mangsa....RAKYAT.

Sekarang terdengar ura2 yang mengatakan Sultan Azlan Shah akan memperkenankan pembubaran Dun sebelum 7 Mei. Nak dipastikan betul atau tidak, kena tanya tuanku sendiri. Aku nak pi tanya, gerenti dia tak layan punya.... Tapi sekiranya tuanku memperkenankan usul pembubaran dun, rakyat akan menentukan parti mana yang layak keatas pentakbiran negeri Perak.... dan kuasa RAKYAT adalah suara KERAMAT yang menentukan perjalanan negeri Perak kelak.

Apakah perkara ini akan berlaku...... kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang akan menentukannya.

1 ulasan:

  1. semoga Allah swt membuka pintu hati Tuanku ke arah kebenaran...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu