Pilihan anda di PRU13

Ahad, 3 Mei 2009

PENANTI - Aku kena hentam lagi

Assalamualaikum tuan...
Saya bukan seorang alim ulamak, saya hanya seorg melayu Islam biasa...saya hanya nak mempersoalkan beberapa persoalan kepada tuan. Sila jawab persoalan saya.
1. Persoalan pertama, siapa anda untuk menjatuhkan hukum ajaran sesat kepada sesiapa dgn sesuka hati? Anda bukan alim ulamak yg begitu mudah menjatuhkan hukum sesuka hati kpd sesiapa.
2. Persoalan kedua, siapa yang menghalalkan penggunaan perkataan Allah dlm agama lain. Bukankah Anwar Ibrahim dlm ceramah di PRK Batang Ai baru2 ini? Bukan UMNO, tapi PKR..Siapa ajaran sesat,UMNO atau PKR???
3. Persoalan kedua, siapa yg menghalalkan penggunaan ayat suci al-Quran dlm ceramah politik di PRK Bukit Gantang? Dlm ceramah tersebut, kafir laknatullah telah memberi salam dan membaca ayat suci al-Quran. Siapa bertepuk tangan? Sipa yang begitu girang dan suka? Sipa yang bertakbir 'Allahuakbar'? Bukankah umat Islam penyokong PAS? Siapa ajaran sesat? PAS atau UMNO?
Masih banyak persoalan2 yang boleh saya ajukan. Tapi cukup setakat ini. Insaflah tuan, dunia hanya sementara akhirat jua kekal abadi. Tuan boleh berdebat dengan saya untuk sebarang isu. Sila e-mail kepada pakwan78@yahoo.com Itu pun kalau tuan berani atau sudi. Jazakallah. Wallahhua'lam.
melayu_islam tanya aku.


Waalaikummusalam.

Terima kasih buat melayu_islam kerana melontar persoalan kepada saya.(nampaknya melayu_islam mungkin salah seorang ahli umno kerana umno tak dak ustaz yang mampu menjawab soalan beliau. Kiranya aku yang bukan alim ulamak ni yang akan menjawab. Aku sebenarnya malas nak tulis panjang2, tapi aku akan cuba sedaya upaya menjawab)

Soalan Pertama:

Tuan tahu saya bukan alim ulamak, dan memang saya takdak kelayakan dalam menjatuhkan hukum. Dah terjawab soalan pertama. Tapi dimanakah ustaz2 dalam kerajaan yang mampu menjatuhkan hukum tanpa pengaruh kerajaan. Ada mufti yang kata Sure Heboh haram dan baru2 ini apabila jom heboh diadakan kenapa pula diam. Inikah ustaz yang anda kata berkelayakan. Mengenai agama anak baru2 ini. Dimana ustaz2 hingga kabinet yang mengeluarkan fatwa. Apakah ustaz2 di dalam kerajaan bacul hingga mengikut sahaja dendangan lagu pemerintah. Walaupun ustaz2 yang dikatakan berkelayakan tapi hanya mendiamkan apabila timbul isu2 sensitif, apa gunanya ustaz ni, kalau aku humban masuk laut lagi baik. Di mana ustaz2 yang berkelayakan menyorok apabila parti pemerintah mencela ulama, menolak pemerintahan berlandaskan Islam dan menggunakan ISA sebagai benteng mempertahankan diri. Bab ni tuan kena tanya ustaz2 dalam kerajaan sendiri.

Menjawab Soalan Kedua :

Mengenai isu penggunaan nama Allah

Bukan DSAI yang menghalalkan penggunaan nama Allah. Tapi pendapat ini datang dari ulamak seluruh dunia. Mereka yang sememangnya layak mengeluarkan fatwa yang katakan. Jadi tuan jangan keliru dengan media2 kerajaan yang membuatkan otak tuan menjadi kurang waras dalam mentafsir sesuatu berita. Inilah kepentingan IT, kita dapat mencari kebenaran melaluinya. Kita dapat menambah ilmu pengetahuan melaluinya. Jangan hanya membaca artikel yang tidak memberi apa2 manfaat kepada kita. Tuan boleh baca kat bawah sebab musabab yang menghalalkan penggunaan Allah oleh agama lain. Kalau tak puas ati jugak, tuan boleh lontarkan soalan kepada Mejar Khir atau Mashitah.

1. Tidakkah sememangnya agama Islam mengajar bahawa Allah taala adalah tuhan bagi semua manusia termasuk Muslim, Kristian, Yahudi dll.

2. Tidakkah pada hakikatnya agama Kristian itu sebenarnya datang dari Allah juga. Cuma sepanjang sejarah ia berlaku perubahan dan nabi Muhammad diutus untuk membaiki dan menyempurnakannya. Allah itu adalah Tuhan orang Kristian dahulu sebelum menjadi Tuhan pengkiut nabi Muhammad s.a.w.

3. Maka sebab itulah tidak hairan, kalau nama Allah telah digunakan lebih dahulu oleh agama Kristian dalam bahasa Arab dan bahasa suku sakatnya, sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w.

4. Bahkan, nama Allah telah digunakan sebagai Tuhan yang maha agung oleh kaum jahiliyah sebelum perutusan nabi Muhammad s.a.w.

5. Allah taala mengutus nabi Muhamad bukan untuk membuat "exclusive claim" bahawa Allah adalah Tuhan untuk umat Islam sahaja, tetapi untuk menegaskan bahawa Allah adalah Tuhan semua dan Islam adalah agama untuk semua. Nabi Muhammad s.a.w diutus untuk memperbetulkan konsep ketuhanan Allah sebagaimana dalam surah Al-Ikhlas yang berbeza dari konsep ketuhananan Arab jahiliyah dan penganut Kristian.

6. Oleh itu, isu penggunaan nama Allah yang berlaku di Malaysia, bukanlah sebenarnya isu keagamaan. Ia hanya digembar-gemburkan oleh media untuk mengelirukan kita dan ia lebih bersifat budaya oleh kerana orang Melayu tidak biasa dan selesa untuk berkongsi penggunaan nama Allah taala dengan penganut agama lain sedangkan ia telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tanpa banyak masalah.

7. Adakah ini akan mengelirukan orang ramai dan membuka pintu kepada Kristianisasi anak-anak Melayu? Perkongsian penggunaan nama Allah di kalangan penganut Islam dan Kristian telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tetapi berapa ramaikah orang Arab yang menjadi Kristian kerana dikelirukan oleh istilah ini?

Jadi apa yang salahnya penggunaan nama Allah oleh agama lain. Yang membezakan maksud Allah itu datang daripada diri kita sendiri. Kita harus mempercayai Allah itu Esa dan Maha Mengetahui apa yang difahami oleh kita.

Menjawab soalan ketiga :

Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa. Apabila ada YB daripada DAP a.k.a cina yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Kenapa kita hendak mencerca beliau. Bukankah lebih baik kita mengajak beliau belajar dan mendalami agama kita. Cuba tuan terangkan ayat mana di dalam Al-Quran yang melarang kaum dan bangsa lain membaca Al-Quran. Padahal ketua2 paderi seluruh dunia dah ada yang mampu manghafal Al-Quran.

Sekiranya tuan masih tidak berpuas hati, tuan seharusnya berjumpa dengan ustaz2 yang terdekat dengan tuan(yang mempunyai kelayakan dan tidak dipengaruhi mana2 parti politik) untuk menjawab soalan tuan. Maklumlah saya sememangnya bukan alim ulamak yang mampu memuaskan hati tuan.( Jawapan dari soalan ketiga dipetik dan diolah dari blog tuan guru sbb aku malas nak taip panjang2.)




15 ulasan:

  1. bravo..

    KubangUlu

    BalasPadam
  2. mana pi melayu_islam. dah baca ke belum. tahniah kepada penulis kerana berani menjawab dan menyahut cabaran melayu_islam

    BalasPadam
  3. berani kerana benar.

    BalasPadam
  4. Syabas kepada anda kedaikopitepimasjid(KKTM)anda berjaya dalam menjawab soalan melayu islam. Sebenarnya itulah sahaja modal yang puak-puak UMNO ada.Modal tanpa ilmu begitulah jadinya....teruskan perjuangan anda.

    BalasPadam
  5. Orang Kristian mengunakan nama Allah dalan Injil mereka, Tolong buktikan. Jangan cakap pakai ayak liur lama lama mulut bau busuk.
    Kenapa orang kristian tak gunakan nama Allah dalam bible versi Bahasa Inggeris, kan bible yang asal bukan dari bahasa Inggeris.Orang Melayu sememang lemah daya pemikirannya, senang di gula-gulakan oleh orang kristian terutamanya kristian PKR.Jiwa tasauf hilang dari hati orang Islam. Islam hanya di bibir di haki kosong, Indahnya berzikir dengan nama Allah, tenteram hati bila berzikir dengan nama Allah. Hilang rasa cinta kepada Allah kerana namanya dipermainkan oleh orang Islam sendiri, hanya untuk mendapat undi orang orang Kristian PKR. Hati hati dengan ulamak faham liberal, orang perempuan pun boleh jadi imam sembahayang jumaat. Duit zakat boleh di sumbang kepada kafir harbi. Orang kafir tak salah baca alquran tapi yang salah dia guna untuk berpolitik. bukan untuk kebenaran. Kenapa sampai sekarang orang DAP takut kalau orang PAS tubuhkan negara Islam.
    Percayakah sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, perkara perkara remeh inilah yang akan menjadi sesalan mereka. Allah maha Besar tetapi hati hambanya yang kecil.

    BalasPadam
  6. Orang Cina takut nak guna Nama Selsema Babi. Kalau boleh Babi tak mahu sebut. Guna influenza A (H1N1) . Kenapa mereka tak nak guna Selsema Babi?. Meraka takut orang ramai akan anti babi.macam kat Mesir semua babi kena bunuh. Kalau perkara kecil macam ni pun orang cina bijak menjaga kepentingan mereka. Orang PAS dan PKR masih selesa dengan aksi rempit mereka, biar badan Binasa asalkan UMNO tumbang.

    BalasPadam
  7. salam semua.

    oleh kerana blog ini mengamalkan keterbukaan untuk semua pelayar menyampaikan ulasan, jadi rasanya aku tak akan padam mana2 ulasan selagi ulasan tersebut tidak mempunyai kata2 kesat atau mencarut.

    Cuma aku berharap sangat hangpa semua letak nama. Lebih baik dan lebih bermaruah walupun sekadar bernama 'cekodok'.

    Terima Kasih

    BalasPadam
  8. bapak aku x marah pun pase mak aku merangkak baca al-quran tp terjemahannye mak aku cukup paham,Allah melarang rasuah,seleweng,zina,bom orang tp mak aku x buat..malangnye ameno buat sume tu,ITULAH SEBENARNYE MEMPERSENDAKAN AL-QURAN..SELESEMA BABI ADALAH HASIL PROJEK BN(BABI NEGARA),SEBELUM IA MEREBAK HAPUSKAN AMENO SEBAB MEREKA DAH KENYANG MAKAN HASIL LADANG HARAM DARI TOKEY MCA,MIC DAN GERAKAN

    BalasPadam
  9. mahu tapi malu, heheheee3 Mei 2009 pada 9:57 PTG

    aku memang teringin nak jadi blogger, tapi ilmu kurang. takut kena hentam macam ni la. nasib baik KKTM berilmu dan mampu menangkis hentaman puak2 umno tanpa melenting dan menggunakan perkataan kesat.

    syabas bro.
    aku memang respek.
    teruskan perjuangan dalam menegakkan keadilan.

    BalasPadam
  10. mak aku cina tapi masuk islam ler ...aku baca quran pun merangkak jer ..cuma apajua ilmu aku yang sedikit tentang islam nih aku amalkan ler ... masa arwah bapa aku cerita tentang islam dan alquran kat mak aku ... mula2 tuh dia tak layan jer tapi bila dah mula mengenal is lam hatinya terbuka untuk masuk islam dan akhirnya jatuh cinta dengan arwah bapa aku dan mereka pun kawin ...hasil perkongsian hidup itu lahirlah 7 orang anak yang no. 3nya aku ... sepupu sepapat aku ramai lagi yang buddhist dan kristian tetapi dah hampir separuh sepupu sepapat aku dah masuk islam ... tanpa nama jangan dihina mereka yang belum islam mana tau satu hari sebelum ajal ada yang mengucap dua kalima syahadat .. kan terus masuk syurga ... amal kebajikan diberi pahala ... yang bathil tuh diampunkan dosa oleh Allah subhanahuwataala .. amacam ??? kok melopong kau jang puteh mato ..

    BalasPadam
  11. Kita pakat tanya pula melayu_islam,siapa yang sesat dan menyesatkan.
    Siapa yang kata politik suku ugama suku.
    Siapa kata "kita akan mengambil ayat-ayat yang terbaik (Al-Quran) sahaja.
    Siapa kata hukum Syariat itu lapuk.
    Siapa kata apabila Hudud dilaksanakan maka ramailah yang akan kudung tangan dan habislah batu tepi jalan pasal digunakan untuk rejam.
    Kalau nak tanya melayu_islam banyak lagi tapi kita sikit-sikit dulu.Boleh jawab ke tak boleh.

    BalasPadam
  12. hehe..
    mana p melayu islam td..
    islam yg telah dimelayukan...

    BalasPadam
  13. bukan hanya MELAYU islam4 Mei 2009 pada 12:36 PG

    melayu_islam mungkin hanya baca kitab islam hadhari, yang membuatkan beliau mengalami sindrom kekacauan yang amat terlampau. islam menganjurkan umatnya ke arah kebaikan dan menggalakkan setiap manusia di muka bumi ini memahami ajaran islam melalaui al-quran, namun sayangnya melayu_islam lebih terdorong untuk mempercayai media2 suruhan umno yang banyak menabur fitnah daripada menegakkan keadilan. saya berharap melayu_islam dapat mendalami islam melalui ustaz2 atau alim ulamak yang mempunyai ilmu dan dapat menerangkan kepada beliau ajaran sebenar islam tanpa didorong oleh mana2 parti politik.

    BalasPadam
  14. melayu islam
    satu lagi produk islam hadari..

    BalasPadam
  15. woit... mana melayu_islam... kah kah kah

    ... hang Islam tang man.... hah....

    jawab...jawab... islam atas nama melayu...

    woit... melayu tak kan kemana......

    kah kah kah... melayu yang kena tipu ....

    melayu bodo yang kena tipu dgn Umno.. kaH..KAH...kah

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu