Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 6 November 2009

Pak Lah versi PAS : Aziz Bari

Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi kini dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam politik baru Pakatan Rakyat.

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

Ditemui di pejabatnya di kampus UIA pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.

sumber : malaysiakini
akira

4 ulasan:

  1. TEMPAH LAH NERAKA KALAU SOKONG AZIZ BARI JAHANNAM TU

    BalasPadam
  2. sahabat kedaikopi8 November 2009 9:56 PG

    tempah neraka kalau sokong aziz bari??

    kitab mana yang tulis camtu....pelik-pelik.... kalau kau nak sokong hadi pun tak dak sapa yang nak marah,... cuma guna la otak... nilai tahap kepimpinan yang dibawa. bukannya menyokong mambabi buta. tak semestinya seseorang ulama itu mempunyai tahap kepimpinan yang baik, mungkin untuk jadi imam masjid, hadi layak, tapi untuk menerajui sebuah parti rasanya elok letak jawatan sahaja.

    BalasPadam
  3. "Saudara-saudara sekalian!"

    "Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir."

    "Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam."

    "Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku."

    petikan diatas adalah ucapan Hadi Awang pd tahun 1982.

    Dulu Hadi ni memang dasyat... la, hampehhhh,.... asyik dok bela perut. memang patut kerusi presiden dilepaskan. tak payah la dok guna alasan dia dipilih dan diberi amanah oleh peerwakilan.... kalau sayangkan jemaah, dah pasti hadi akan letak jawatan... keputusan mengekalkan kerusi presiden hanya akan meletakkan PAS kembali kebelakang. Tiada perubahan positif malahan kehancuran yang cuba ditempuhi..

    Undur Hadi X3..

    Allahuakhbar!!!!

    BalasPadam
  4. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU