Katanya, ini kerana dalam, Nabi Muhammad sendiri menyuruh supaya setiap umat Islam itu berdakwah "walaupun satu ayat".
Sehubungan itu, beliau tidak menolak sistem ini telah disalahgunakan sebagai 'alat kawalan' terhadap pendakwah-pendakwah Islam di negara ini.
Katanya, walaupun Perlis mempunyai undang-undang yang sama, tetapi beliau tidak pernah menguatkuasanya sepanjang menjadi mufti negeri itu.
Dr Mohd Asri yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas memberi ceramah agama di Gombak baru-baru ini, memberitahu demikian dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini.
sumber : malaysiakini
akira

Maaf cakap. Kalau bab lain cakap pi la, tapi kalau bab amalan agama kena tapis macam Saiyidina Ali r.a. yang meninjau bagi memastikan setiap masjid yang memberi pengajaran agama benar-benar ada kelayakan. Tambahan kita yang bila mengajar bukan nak menambahbaik amalan yang telah amalkan oleh para ulama muktabar tapi dok kata yang nu bidaah yang ni bidaah, contohnya, sapu muka selepas beri salam tu pun dia kata bidaah. Eloklah diberi kuliah dekat dia dulu macam mana nak ajak orang lain beramal dengan ilmu agama. Dia banyak ilmu tapi tak ada amalan
BalasPadam