Pilihan anda di PRU13

Isnin, 2 November 2009

"Takdak Cable, Lu JanGan BeraNgan Laa"

Mengenai artikel lepas yang dipetik dari harakahdaily mengenai perubahan yang berjaya dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak dapat dinafikan. Namun masih ada yang perlu diperbaiki. Di antaranya adalah mengenai pengambilan kerja untuk jawatan-jawatan kosong di agensi-agensi di bawah pentakbiran kerajaan negeri. Contohnya MPSP, MPPP dan sebagainya. Sikap yang diamalkan oleh MPSP khasnya dalam pengambilan pekerja baru amat dikesali. Sikap memilih kroni atau anak beranak untuk mengisi jawatan-jawatan kosong tidak dapat dihakis walaupun pucuk pimpinan kerajaan negeri telah berubah. Amalan yang diamal sejak zaman pemerintahan UMNO sudah sebati bukan sahaja di agensi-agensi tersebut malahan jabatan-jabatan kerajaan pusat turut tidak terlepas.

Caj yang dikenakan untuk satu borang permohonan oleh MPSP adalah RM2.00, dengan hasil jualan borang sahaja sudah berapa banyak yang diperolehi sedangkan jawatan yang ditawarkan sudahpun dipunyai oleh anak beranak mereka. Apa gunanya borang tersebut dijual kalau jawatan tersebut sudah ada 'pemunya'nya. Adakah untuk mengaut keuntungan atau sekadar memenuhi syarat?

Perkara sebegini harus diberi diambil berat oleh kerajaan negeri. Anak-anak muda sudah muak dengan sikap yang diamalkan sejak pemerintahan UMNO. Cari satu penyelesaian yang dapat memulihkan imej agensi-agensi kerajaan negeri dimata masyarakat. Jangan jadikan agensi-agensi tersebut sebagai warisan turun temurun sahaja. Buka peluang kepada anak-anak muda yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut. Bukannya hanya memilih anak beranak. Contohnya, masih ada yang tidak memenuhi syarat namun berjaya mendapatkan jawatan di agensi tersebut kerana hasil bantuan adik beradik yang bekerja di situ. Apabila yang tidak berkelayakan memenuhi jawatan tersebut, maka agensi tersebut akan terjejas.

Sehingga kini apa yang boleh dikatakan :

"Takdak Cable, Lu JanGan BeraNgan Laa Nak keJa Kat sItu"

Ubah sebelum parah!!! biarpun aNak BeRanak meReka Marah....................

akira

3 ulasan:

  1. Salam sedara.. sebenarnya MPSP dan MPPP masih dikuasai oleh pengarah-pengarah yang menyokong UMNO, jadi tak hairanlah cara pentadbiran pun macam kerajaan UMNO dulu juga...

    BalasPadam
  2. hmmm patutla..napa la susah sgt nk dpt keja la nie..aku rasa baik hangpa xyah nk buka borang tue klu dah mmg tau jawatan tue akan diisi oleh anak2 hangpa..apa la nk jd ya?keja payah nk dpt,blaja tinggi2 duit byk penghabih,nk kena bayaq pinjaman lg kerajaan lg,tp keja pn payah,yg atas2 tue kaya2 teruih ja la..yg bwh nie mampuih pi kt angpa la...janji anak bini aku,mak,mertua nenek cucu cicit aku iidup senang lenang..yg len mampus pi sama lu orgla....

    BalasPadam
  3. perkara ni dah ramai masyarakat tempatan sedar. cuma tak tahu bila akan berakhir..... kalau kerajaan negeri tubuhkan satu jawatankuasa atau apa-apa saja untuk pengambilan pekerja baru tanpa melalui agensi2 spt MPSP n MPPP tersebut, mungkin masalah ini dapat diatasi. biarkan jawatankuasa ini yang mengambil alih tugas menemuduga dan menentukan kelayakan mereka2 yang memohon. kalau nak harap MPSP sendiri yang menemuduga, alamatnya jadi warisan turun temurun kaum kerabat mereka sahaja.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU