IPOH: Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim membuat keputusan untuk menarik diri daripada mendengar kes saman membabitkan Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Ridwan membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengarahkan agar kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, kata Chan Kok Keong, seorang daripada peguam yang mewakili Sivakumar.
Zambry dan enam anggota exco itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri persidangan DUN, masing-masing untuk 18 bulan dan 12 bulan, sebagai tidak sah dan terbatal. - Bernama
LIMAU PURUT 3 SERANGKAI- PUAK PUAK BUTA PERUT TAK DAK AKAI...
12 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)