Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 28 Mac 2009

TUN SEDIA KEMBALI KEPADA UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau akan menyertai Umno semula.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri hari terakhir perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Dr Mahathir menulis di dalam blognya bahawa beliau tidak hadir pada perasmian perhimpunan agung Umno Khamis lepas kerana menganggap parti itu telah tercemar dengan amalan rasuah dan politik wang.

Dr Mahathir mengumumkan keluar parti pada 19 Mei 2008 kerana hilang keyakinan terhadap Umno... mStar

macam2 dengan mantan PM Malaysia ni.
kejap keluar, lepas tu nak masuk balik.
sat dia takut tercemar kalau menghadiri PAU, last2 pi jugak.
sebagai budak kampung, aku boleh kata lidah dia ni bercabang.
nak kata lebih2 pun tak guna, aku mengaji tamat darjah enam saja,
lepa sampai ada pangkat Dr.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu