Pilihan anda di PRU13

Ahad, 22 Mac 2009

SAMI VELLU KEKAL PRESIDEN MIC

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC buat penggal kesebelas tanpa cabaran.

Kemenangan beliau itu berikutan beberapa pencalonan kepada saingannya bagi jawatan itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan telah ditolak atas beberapa sebab tertentu.

Difahamkan, kira-kira lapan pencalonan daripada 53 yang diterima oleh Muthupalaniappan ditolak sekaligus gagal memenuhi kuota 50 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Pencalonan bagi jawatan Presiden telah ditutup pada pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, Muthupalaniappan ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan yang beliau tidak layak bertanding jawatan itu.

Katanya, beliau difahamkan, kesemua pencalonan yang diterimanya telah ditolak.

"Saya difahamkan kesemua pencalonan saya telah ditolak. Saya sangat terkejut.

"Bukan dua tiga (yang ditolak)...semua ditolak," katanya...sumber mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu