Pilihan anda di PRU13

Selasa, 24 Mac 2009

KENALI DS NIZAR

Nama: Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Tarikh dilahirkan: 17 Mac 1957 ( Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. )

Pendidikan awal:
Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.

Kelulusan:
Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.(1972)
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Bidang pekerjaan yang telah diceburi:
Jabatan Kerja Raya, Bahagian Bengkel dan Kuari
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus),
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Projek yang pernah diurus:
Dayabumi fasa 2 & 3 (1983)
Projek Pusat Islam (BAHES), Jabatan Perdana Menteri (1984),
Projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985),
Pengurusan Bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Projek Terkini:
Pengarah Urusan di beberapa firma swasta dan di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Bidang politik:
Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001).
Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini)
Bendahari PAS Negeri (2001- 2006)
Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.
Menteri Besar Perak ( Mac 2008~kini)

Keluarga:
Isteri: Datin Seri Hajjah Fatimah Taat.
Anak-Anak:Lapan orang cahaya mata.
Anak pertama lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan.
Anak kedua lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan.
Anak ketiga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon.
Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Agenda Dato Sri Nizar Jamaluddin:
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Bahasa:
Boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.


~APA LAGI YANG WARGA BUKIT GANTANG MAHU. SEORANG PEMIMPIN YANG BERWIBAWA UNTUK ANDA TELAH DILAHIRKAN. GUNAKAN KUASA ANDA SEBAGAI RAKYAT UNTUK MEMBOLEHKAN PEMIMPIN INI MEMBERI KHIDMAT~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu