Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 7 Mac 2009

KERANDA152 1967

Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah Usman Awang yang ketika itu menjadi editor Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya yang diterbitkan DBP. Perarakan ini merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.

Semua orang Melayu di Malaysia dipelopori pejuang bahasa mahu mengangkat martabat bahasa Melayu ke tempat yang wajar di negara ini bagi menggantikan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti ketika itu.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain. Ketika Malaysia baru merdeka pada 1957, parti pemerintah beranggapan bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih tugas bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.

Apabila persidangan Dewan Rakyat membahaskan Perkara 152 yang majoritinya daripada Perikatan, janji 10 tahun lalu diabaikan. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman. Tempoh 10 tahun dikatakan tidak berjaya membaiki jumlah perbendaharaan bahasa Melayu, bilangan guru di sekolah dan pensyarah di universiti. Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains.


KEMUNCAK DEMONTRASI

Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Tun Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada 3 Mac 1967. Mereka mahu berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris.

Tetapi Peristiwa 13 Mei menjadi detik penting dan peluang terbaik untuk menukar status bahasa Melayu kepada bahasa pengantar, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang sebenar-benarnya dalam semua majlis dan semua perkara. Menteri Pelajaran yang berani bertindak ketika itu ialah Abdul Rahman Yaakub dari Sarawak. Konvensyen Ekonomi Melayu yang diadakan juga setuju menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan seberapa segera sebagai alternatif Universiti Malaya di Singapura yang ditubuhkan oleh penjajah British.[1] Ini adalah kejayaan terbesar yang dilakukan oleh kakitangan DBP sehingga ke hari ini. Keberanian Tun Abdul Rahman Yaakub menukar bahasa pengantar ini telah dicemuh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara pada 2003.

sumber dipetik dari wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu