Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 30 Mei 2009

PENANTI - 5000 pengundi tidak keluar

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.


5000 ahli, biar betul......... tapi kalau betul 5000 pengundi yang juga merupakan ahli umno tak keluar, maka majoriti untuk calon PKR sekiranya menang akan bertambah.

Calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Aminah Abdullah mendakwa ahli Wanita Umno turut memberi sokongan kepadanya.

"Mereka kata, mereka sokong kak Min tetapi tak tahulah sama ada mereka akan mengundi Kak Min," katanya yang menggunakan lambang kunci.

Aminah juga mendakwa, ahli-ahli Wanita Umno gembira kerana beliau bertanding menentang calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.

????????
Sapa lagi yang nak mengundi minah ronggeng ni, Timbalan Pengerusi UBN P.Pinang dah kata 5000 ahli mereka tak akan keluar megundi. Wanita Umno tu tak daftar ahli ka?.... ni mesti kes nak cari populariti.... tak pun nak bawak mai pengundi hantu... Kah Kah Kahhhh...



akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu