Pilihan anda di PRU13

Ahad, 24 Mei 2009

PENANTI - Kehadiran wira Perak disambut meriah



Salam semua,

Kini tiba malam yang dinantikan oleh ribuan warga Penanti tak kira melayu, cina dan india. Malam kehadiran wira Perak di pentas anjuran PR di PRK N12 Penanti. Kehadirannya dinanti oleh pelbagai golongan masyarakat. Memang hebat!!!.... Majoriti warga penanti berpuas hati dapat mendengar secara 'live' penerangan oleh DS Nizar. Diserikan lagi dengan kehadiran DS Anwar, Lim Guan Eng dan beberapa penceramah yang hebat membuatkan rakyat terlupa tentang ketiadaan UBN dalam pilihanraya kali ini. Beberapa tempat sekitar Penanti mengadakan ceramah secara serentak membuatkan DS Nizar agak keletihan apabila tiba di Pentas berhadapan Masjid Jamek Kubang Semang. Namun semua itu diketepikan kerana kehadirannya disambut bagai seorang wira.

-Pesanan dari warga qaryah k.semang :
Terima kasih DS nizar kerana sudi berkunjung ke pentas kami. Ada masa datang lagi.... kami sentiasa menanti dengan hati yang terbuka.

akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu