Pilihan anda di PRU13

Ahad, 31 Mei 2009

PENANTI - Alhamdulillah. Dr Mansor bakal TKM1

Salam semua.

Akhirnya selesai sudah PRK N12. Walaupun keadaan agak hambar, proses demokrasi berjalan lancar. Peratusan keluar mengundi mencatat sejarah apabila hanya 7100 atau 46.15% dari pemilih berdaftar yang keluar mengundi. 2 sejarah tercipta di Penanti :- KERAjaan UBN tak bertanding dan Peratusan keluar mengundi terendah setakat ini. Kedua-duanya berkaitan. Pelbagai andaian yang dapat dibuat. Ini kita boleh tunggu prof2 yang lebih arif memberikan hujah mereka. Lihatlah bagaimana media arus perdana nak hentam PKR esok... Menang kena hentam, kalah pun kena hentam....

Nak hentam apa pun la ni, rakyat dah tak percaya..... Apapun, Alhamdulillah diatas kemenangan calon PKR, Dr Mansor yang bakal dilantik menjadi TKM1. Tahniah diucapkan.

Sesebuah kemenangan harus disudahi dengan rasa bersyukur. Jangan bangga dan takbur di atas kemenangan ini. Pakat2lah lakukan solat sunat syukur tanda terima kasih diatas kemenangan yang diberikan oleh Allah SWT.

Allahuakhbar!!!


akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu