Pilihan anda di PRU13

Ahad, 31 Mei 2009

PENANTI - DR Mansor menang majoriti 5558 undi

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

akira8047
kedaikopitepimasjid

1 ulasan:

  1. Tahniah pengundi Penanti yang menunaikan tanggungjawab anda.Kak min lepas ni duk diam2 no. jangan nak bising lagi. hanag tu umno yang undi hang dan taja hang.hang sendiri sebut bawak ahli umno pi ngundi.

    Besok boleh angkat sumpah jawatan. lusa jadi TKM1.lepas tu, jalankan kerja untuk rakyat. jangan lupa rakyat yang mengundi dan umno yang tak mengundi tu. Layan semua sekali kerana anda wakil rakyat dan bukan wakil Pakatan Rakyat sahaja.Tarik orang umno sokong kita. kita akan jadi lebih kuat, dan dapat teruskan mandat PRU13 tak lama lagi dah.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu