Sudah hampir dua minggu kita di buai dengan isu komunis (Chin Peng), adakah keterlaluan jika aku mengatakan bahawa isu ini adalah mainan Parti Rasuah Negara iaitu umno dan komponennya (UBN).
Hakikatnya kita semua tahu bahawa tiada siapa pun yang ingin membela atau menyokong komunis di Malaysia ini. Semua bangsa pernah menjadi mangsa kekejaman komunis termasuklah orang Cina, India dan juga Melayu.
Perspektif Perjuangan.
Seperti posting aku sebelum ini berkaitan Chin Peng, ianya dari sudut perjuangan menentang penjajah Inggeris, Parti Komunis Malaya (PKM) pun ada jasanya, walaupun sebelum itu PKM juga bersekongkol dengan Inggeris bagi mengusir tentera Jepun dari Tanah Melayu. Akhirnya mereka di liwat oleh Inggeris dan menyebabkan PKM berpaling tadah dan menentang Inggeris kembali.
Perspektif Ideologi.
Isu komunis adalah isu idealogi, Chin Peng hanya menentang Inggeris dan Jepun bukannya menentang orang-orang Melayu, tetapi malangnya orang Melayu yang menjadi balaci dan barua tentera kepada Inggeris yang memburu komunis malahan pejuang-pejuang tulen Melayu sepeti Tok Janggut, Mat Kilau dan beberapa lagi.
Idealogi yang di bawa oleh komunis ditentang oleh Inggeris. Dan Inggeris menggunakan sentimen memburukkan dan menakutkan rakyat dengan kekejaman Komunis, ianya menjadi ikutan sama seperti sentimen yang umno mainkan pada hari ini. Bukankah umno itu anak didik kepada Inggeris… kemana tumpahnya kuah jika bukan ke pingan nasi…
Berbalik kepada isu yang dicanangkan iaitu isu kemasukkan bekas anggota komunis ke Malaysia adalah satu isu lapuk dan ianya telah mati ditelan zaman sejak tahun 80an lagi.
Jadi siapakah yang memanaskan isu ini kembali…?
Kalau aku katakan bahawa rakan sebantal dengan umno iaitu parti Gerakan sengaja jolok atau sengaja menimbulkan isu ini dan kemudiannya disambut dengan penuh keghairahan oleh umno kerana hendak menutup beberapa isu yang melanda negara kini, dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar umpamanya kemerosotan ekonomi, isu pilihanraya kecil, isu Altantuya, isu negeri Perak dan pelbagai lagi yang mengugat Kerajaan UBN khususnya Perdana Menteri.
Dan sudah tentu objektif utamanya untuk menyelamatkan parti yang dalam keadaan tersepit dan hampir nazak ini, isu atau sentimen perkauman adalah fokus utama mereka untuk dilagukan supaya kaum Melayu kembali bersatu, bagi meraih sokongan itulah matlamat utama mereka kononnya hanya umno sahaja yang boleh menyatu-padukan orang-orang melayu.
Kepada yang pernah dilatih oleh BTN, mungkin sangat faham dengan apa yang dimaksudkan dengan “games politics” yang sedang dimainkan saban hari akhir-akhir ini. Inilah strategi yang sedang digunakan oleh ahli-ahli politik UBN kini….
Agenda begini bukan sahaja dimainkan oleh umno dan bEnd tetapi juga oleh semua pemimpin negara-negara lain. Ianya supaya rakyat merasa takut dengan ancaman, lalu kembali bersatu. Agenda ini bukannya boleh dimainkan begitu sahaja. Ianya hasil dari suatu perancangan yang amat rapi.
Contohnya: pemimpin Singapura dan Malaysia akan duduk semeja dan merancangkan agenda bagi menakutkan rakyat. Tidak lama itu akan keluarlah kenyataan dari kedua-dua pihak bahawa mereka merasa terancam dengan jiran mereka. Singapura akan mengadakan penerbangan melintasi sempadan Malaysia dan menunjukkan kekuatan dengan senjata yang mereka ada. Dalam masa yang sama Malaysia pula akan mengeluarkan kenyataan yang memberi amaran kepada rakyatnya seolah-olah Singapura sedang mengancam Malaysia.
Isu ancaman ini akan menjadi topik utama di dada akhbar tempatan. Ini akan menimbulkan suasa resah dan panik, rakyat mula berpusu ke pasaraya untuk membeli stok makan untuk simpanan jika berlaku sesuatu, isu-isu remeh antara kaum atau antara parti-parti politik diketepikan buat sementara waktu dan rakyat perlu bersatu dalam menghadapi ancaman.
Adakah kalian masih ingat dua tiga tahun yang lepas berita kononnya Singapura hendak menyerang Malaysia gara-gara kes Pulau Batu Putih…. sehinggakan berduyun trak tentera dan kereta kebal menuju ke selatan dan aku sendiri berselisih dengan kenderaan tentera ini di atas lebuhraya.
Agenda ini bukan sahaja boleh dimainkan oleh negara-negara jiran tetapi juga antara parti-parti didalam negara.
Percayakah anda bahawa satu masa dulu UMNO dan PAS telah berpakat memainkan isu orang Melayu diancam bukan Melayu di Malaysia. Hasilnya dapat kita lihat dalam beberapa minggu. Ingatkah anda isu apakah itu? Apakah hasilnya ?
Kalau nak cerita lebih-lebih disini... agak berbahaya kerana nanti tak pasal-pasal pula nama aku Isa di sumbat kedalam ISA…. siapa nak jaga anak-isteri aku…
Sendiri fikir... walaupun permainan ini agak bahaya tetapi sedikit sebanyak ianya telah menyebabkan orang Melayu kembali bersatu.
Oleh yang demikian janganlah… kita terlalu ghairah terikut dengan permainan puak Gerombolan Parti Rasuah ini. Hanya membuang masa melayan propaganda mereka dan kadangkala menyebabkan pertelingkahan sesama kita.
Aku ingin menyatakan bahawa isu ini dimainkan oleh umno dan bEnd. Percayalah bahawa bEnd kini makin terdesak dan mereka perlu berbuat sesuatu agar rakyat percaya bahawa hanya BN yang mampu menjamin keselamatan rakyat.
Isa: Lepas ni kita tengok isu apa pulak yea… ? Aku dah boleh agak dah.... kalian bagaimana pula?
“Perjuangan Islam di injak…. Pengaruh Inggeris di sanjung… itulah umno parti terbesar orang melayu”
Nota: Sebahagian artikel ini di petik dari “mail groups sumbangan Uncle Hidden”, aku terpaksa edit dan mengolah kembali atas sebab tertentu. Harap maklum.
sumber : IkutSukaAku
akira8047
kedaikopitepimasjid
LIMAU PURUT 3 SERANGKAI- PUAK PUAK BUTA PERUT TAK DAK AKAI...
11 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)