Pilihan anda di PRU13

Isnin, 1 Jun 2009

1 MALAYSIA@najibMongolia - KERAjaan UBN makin gila(Edisi ke-2)

Salam semua,

Berkaitan dengan catatan aku yang lepas, terdapat pelbagai ulasan yang diterima. Ada pro dan kontra. Dalam catatan tersebut, aku sengaja tak masukkan kenyataan menteri pelajaran malaysia. Kiranya kali ni aku nak pelayar2 yang mengulas pada catatan yang lepas dapat mengulas kembali. Adakah menghadkan subjek dalam SPM ini perlu dilakukan atau tidak?

‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.

‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,”

‘‘Saya tak bimbang tentang perkara itu tapi penjelasan muktamad akan dibuat dalam terdekat ini untuk beritahu kedudukan yang terakhir sekali,’’
– Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kenyataan Menteri Pelajaran di Muar, Johor; 31 Mei 2009.

" Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral." Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu. "

Datok Alimuddin Berita Harian. 30 May 2009
Kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Mata Pelajaran Teras:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Sekiranya 2 matapelajaran teras dikurangkan, agak2 hangpa matapelajaran apa? Berkemungkinan besar adalah pendidikan Islam dan Sejarah. Adakah matapelajaran ini tidak penting? Apa pula komen anda tentang perkara ni?

Namun, keputusan cemerlang SPM yang tidak seragam seperti 14 A, 15 A atau 19 A menimbulkan pelbagai isu termasuk tawaran biasiswa.

Kebanyakan pelajar yang memperoleh biasiswa terutama daripada kerajaan mendapat lebih 10 A dalam SPM.

Ini memberi tekanan kepada pelajar yang hanya mengambil 10 mata pelajaran.

Justeru, bagi memberi keadilan kepada semua pihak, mulai tahun depan, calon SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras dan menangani kemelut kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran.
– Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Harian Metro 1 jun 2009


Pengambilan lebih daripada 10 mata pelajaran membuatkan pelajar itu terlalu memfokuskan kepada pelajaran semata-mata.

“Kini, bidang pendidikan sudah berubah. Cemerlang dalam akademik saja tidak mencukupi dan ia perlu diseimbangi dengan kokurikulum dan sahsiah diri.

“Jadi, dengan mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran, ia tidak akan dapat membentuk insan atau pelajar yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri,”

“Masa terluang mereka juga terhad kerana perlu dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran.

“Jika tiada masa terluang, bagaimana untuk bersukan dan melakukan aktiviti rekreasi,” katanya.
Bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Seremban, Negeri Sembilan,
Tengku Azuan Tengku Mohamed
Harian Metro 1 jun 2009

Hanya untuk mencari penyelesaian dalam masalah sebegini, kementerian sanggup mengetepikan kebebasan dan hak pelajar dalam pendidikan. Keadilan untuk siapa, bukankah kerajaan boleh mencari kaedah lain dalam masalah pemberian biasiswa. Tidak salah rasanya kerajaan menambah peruntukan dalam pemberian biasiswa. Ianya bukan satu pembaziran. Biasiswa kepada yang layak tidak perlu dipertikaikan, cuba bayangkan berapa banyak lagi pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan. Pembaziran dan ketirisan yang dilakukan dalam kerajaan hari ini jika dapat ditangani mampu untuk memberi biasiswa kepada lebih ramai pelajar. Ini yang perlu dibaiki. Ada yang mengatakan akan berlaku ketidak seimbangan dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri. Ini kenyataan yang paling bodoh aku dengar. Cuba tengok pelajar-pelajar Sek. men. keb. agama, adakah mereka tercicir dalam hal-hal diatas. Rasanya peratusan amat rendah. Kementerian sepatutnya mengambil kaedah daripada SMKA dalam menangani hal ini. Kebanyakkan pelajar yang mendapat lebih 13A dalam SPM adalah daripada SMKA. Adakah mereka tercicir dari ko-kurikulum atau sahsiah diri? Kementerian sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih baik, menghadkan subjek dalam SPM perlu dikaji semula. Jangan menyesal di kemudian hari...

suara rakyat jelata
akira8047
kedaikopitepimasjid

4 ulasan:

  1. salam,

    saya bekas pelajar smka al-irshad, walaupun kebanyakkan daripada pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek, kami masih mampu dan mempunyai masa untuk beriadah. kerajaan seharusnya mengambil contoh drp smka dalam menyelesaikan masalah. berikan kebebasan kepada kami.

    BalasPadam
  2. akuANAKtanjung1 Jun 2009 8:09 PTG

    Salam bro,

    apasal kat sini puak2 umno tak ulas. musykil.....musykil.....


    woiiiiii....
    mai la ulas, hangpa tunggu apa lagi.. aku pun dah stanby nak jawab sama....

    BalasPadam
  3. najib pegi negara komunis2 Jun 2009 9:44 PG

    mana anjing anjing umno yang menyalak kat posting ko yang lepas ni....menyalak la wei menyalak laaaa...

    BalasPadam
  4. ????

    mana pi habih puak2 yang dok hentam aku,.....

    aloooo DES, tolong hantaq mai lagi puak2 tu...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu