Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 5 Jun 2009

PRK@ManekUrai - Barisan pemidato UBN bakal gegarkan Manek Urai

BENTONG 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan ujian pertama kepada kumpulan pemidato tersebut yang baru diwujudkan oleh pergerakan berkenaan untuk menjelaskan pelbagai isu kepada pengundi di kawasan tersebut.

``Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu berpidato, berdebat dan berceramah kepada rakyat bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini. - Utusan

Bagus... bagus... bagussss.....

teruskan usaha......

pemidato terbaik harus diberi ganjaran yang lebih, baru lepa pulun....

kalau tak, jangan kata berpidato, berdebat dan berceramah, nak tolong bukak mulut pun tak boleh... ada masyukkk kerja jalan, tak masyukkk sendiri bikin laa...

kah kah kahhh.....

lagi satu,

jangan lupa MAT EZAM... suruh dia berceramah, jangan lupa bawak kotak skali...

akira8047
kedaikopitepimasjid

6 ulasan:

  1. Takan semua pemuda saja kot... ajaklah Kak Min sekali....

    BalasPadam
  2. keri boleh ajak pak brahim pasir mas skali, dia punya pidato cukup hebat...lengkap dengan putar belit...rasa2nya mantap persiapan ubn kalau pak brahim ada skali...oh katak, bila mau lompat.

    BalasPadam
  3. nak jadi pertandingan pidato pulak dah?
    mana 'pelari pidato handalan' UMNO? zahid hamidi!

    BalasPadam
  4. SIANG TOREH GETAH , MALAM PIDATO HEBAT SUNGGUH ORANG UMNO BE END NI.

    TAPI KENA INGAT , ZAMAN SEKARANG ZAMAN CELIK MINDA.CAKAP BOLEH BELUM TENTU ORANG PERCAYA.
    SILAT CAKAP MAKAN DIRI. UMNO BERTANDING TIADA ERTI.KEBANYAKAN KALAH SERATA NEGERI.NANTI MALU TIDAK TERPERI.SEBAGAIMANA YANG LEPAS LEPAS SUDAH TERJADI.

    BalasPadam
  5. akuANAKtanjung6 Jun 2009 7:52 PG

    hantarlah sebanyak mana tentera ubn,
    hantarlah seberapa ramai pemidato ubn,
    hantarlah sebanyak mungkin puteri ubn,

    tanpa keikhlasan dalam perjuangan, jangan harap dimakbul tuhan.

    dan jangan dilupa, ubn sekarang sedang menggunakan wang rakyat dalam menjayakan misi di manek urai. lagi besar bala tenteranya, lagi berat duit yang perlu ditimbangnya.

    BalasPadam
  6. Jawatan Penceramah Bebas ada tak? Apa topikpun aku boleh. Janji masyuk. Tapi nak guna ayat suci AlQuran dan Hadith Rasulullah s.a.w. aku tak beranilah. Makhraj aku tak betul lagi. Nanti berdosa. Oh ye berapa bayaran sejam dan duduk kat hotel mana kat KB. Naik MAS ke? Kalau naik AirAsia tak payahlah. Buang karan je. Kat sana ada MPV untuk aku tak? Boleh bayar deposit dulu ke? Aku takut kena kencinglah. Masjid pun korang kencing, ini pulak aku. Oh ye, tapi kalau dia orang tanya pasal Mongolia, Perak, Stadium runtuh, ISA dan OSA apa nak jawab aa? Boleh bagi point tak? Nanti aku salah cakap pulak!! Oh ye, boleh tak masa kat sana aku puasa dan pakai baju hitam? Okaylah aku pakai songkok tinggi dan baju batiklah!! (Macam belia tua je!!). Jadi nak interbiu aku pun boleh. Ehh lagi satu, aku nak cakap Kelate ni susah sikit. Tak berapa betul. Boleh tak aku cakap loghat Ghombau? Bolehlah. Apo? Kau ingek kek kelantan tak ado oghang ghambao ko? kan kan kan.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu