Pilihan anda di PRU13

Selasa, 9 Jun 2009

KerajaanPerpaduan - Ubati sebelum PARAH!!!

Umno/BN sedang mengatur strategi licik dan sulit untuk mengembalikan kuasa mutlak mereka di negara kita. Setelah mereka dikejutkan dengan kejayaan PR menafikan majoriti 2/3 di Parlimen, BN memerah otak untuk menyerang dan melemahkan lawannya PR.
Tidak semena-mena BN mendapat 'tongkat' baru iaitu mempopularkan istilah kerajaan perpaduan dengan menyatakan bahawa PAS mahu bergabung atau bekerjasama dengan Umno untuk menggagaskan kerajaan perpaduan.
Lebih malang lagi ada dakwaan menyatakan bahawa pimpinan kita sendiri seolah-olah seronok dan terliur untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Malah tiada penafian secara rasmi dan tegas dibuat oleh pimpinan samada benar atau tidak kerajaan perpaduan hendak dibentuk.

Akhirnya isu kerajaan perpaduan ini menjadi barah kepada PAS dan PR antara simptom yang kita dapat lihat ialah :-
  • Rakan-rakan dalam PR mula sangsi kepada PAS
  • Rakyat Malaysia yang bukan Islam mula 'confuse' dan hilang keyakinan kepada PAS
  • Ahli-ahli PAS dan penyokong PAS terkeliru, pening dan tertanya-tanya benarkah PAS mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Simptom di atas akan merebak jika tidak dibendung dengan cepat. Jika ianya merebak dan membarah, saya yakin BN akan mengambil kesempatan dan akan membubarkan parlimen kerana mereka yakin rakyat sudah sangsi kepada PAS/PR dan mereka akan menang dengan mudah kerana PR sendiri berada dalam kemelut dalaman yang hebat.

Untuk itu saya sekali lagi menyeru pimpinan atasan PAS membuat kenyataan segera berhubung ISU KERAJAAN PERPADUAN demi untuk memadamkan api dalam sekam yang kelihatan mula berkelip-kelip dalam diam dan tersembunyi.

Api ini jika tidak dipadam segera kemungkinan akan membakar sekam tersebut malah akan membakar bangsal dan rumahnya sekali. Pada masa itu siapa yang hendak dipersalahkan?

Dengan rasa rendah diri dan dengan hati yang tulus ikhlas saya mohon pimpinan supaya membuat tindakan cepat dan tangkas untuk mematikan isu ini dengan membuat kenyataan tegas bahawa PAS TIDAK PERNAH DAN TIADA CITA-CITA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO.

Jika ini tidak dilakukan saya yakin isu ini akan semakin merebah dan membarah.


sumber : mutaligat
akira8047
kedaikopitepimasjid

2 ulasan:

  1. Kerajaan Perpaduan adalah salah satu "Exit Plan" PAS sekiranya Anuar di dapati bersalah dalam kes liwat Saiful. Pendedahan yang memalukan dalam kes liwat Saiful menyebabkan PAS pun terasa kesannya. PAS menyokong Anuar tanpa bersandarkan dakwaan kukuh. Hanya puak PKR dan sejumlah kecil orang PAS yang mempercayai teori konsperasi Anuar.Rakyat Malaysia kebanyakannya tidak mempercayai cerita Anuar. Kerajaan perpaduan adalah salah satu cara PAS menutup keaiban yang di bawa oleh Anuar. Nampaknya orang PAS makin cerdik.

    BalasPadam
  2. Salam....

    Aku menyokong penuh KEPIMPINAN ULAMA. Aku akan pertahankan KEPIMPINAN ULAMA selagi mana Allah swt memilih aku untuk mempertahankannya.

    Tapi AKU MEMANG PANTANG BILA KADUK NAIK JUNJUNG. PAS kalah sampai tersembam pada PRU Ke 11 dulu pun kerana KADUK KADUK ini. Dan sekarang KADUK KADUK ini buat hal lagi.

    Ingat !! Yang masuk syurga adalah golongan MUTTAQEEN. Bukannya golongan bertitle ULAMA ataupun PROFESIONAL.

    Ayuh !! Saudara saudara ku sekalian !! Bangunlah !! Pertahankan jemaah ini daripada KADUK KADUK ini !!

    Yang menghancurkan PAS bukan ERDOGAN !! Yang menghancurkan PAS bukan ULAMA !! Tetapi yang menghancurkan PAS adalah KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG !!

    Siapakan KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG itu?!

    H1N1 !!

    Sudahlah Nasa !! Kami di kampung nie dah jijik tekak nak sebut engkau sebagai Ust Nasa !!

    Jika bukan Mursyid al-'Am menjadi penegur kita....siapa lagi wahai Nasa ??!!

    www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu