Pilihan anda di PRU13

Selasa, 16 Jun 2009

1 MALAYSIA@najibMongolia - Polis ugut peguam.

Polis digesa henti panggil peguam

Majlis Peguam memandang berat tindakan polis yang didakwanya terus bertindak menggangu dan menakut-nakutkan peguam dengan memanggil mereka untuk memberi kenyataan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas profesional mereka.

Terbaru, katanya, peguam Chan Kok Keong telah diberi notis mengikut Seksyen 111 yang tidak menyebut perkara yang akan disoal kepadanya.

Dalam pertemuan tersebut, beliau ditanya mengenai satu afidavit yang disahkan oleh pelanggannya, bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, dalam kes saman di mana Chan mewakilinya.

Peguam-peguam yang mewakili Chan dalam kes tersebut juga dimaklumkan bahawa mereka akan diminta memberi kenyataan jika mereka ingin menemani Chan dalam pertemuan tersebut.bar council planning law forum 140607 ragunath kesavan

Dalam kenyataannya, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, tindakan itu memperolok-olokkan prinsiap asas kerahsian antara peguam dan pelanggan yang harus mereka patuhi.

Tindakan itu, katanya, menunjukkan bahawa tidak wujud rasa hormat kepada sistem kehakiman jenayah, di mana privilej peguam-pelanggan menjadi asasnya.

Gangguan seumpama itu, tegasnya, mesti dihentikan jika mahu dipertahankan prinsip kehakiman dan untuk menegakkan undang-undang.

Ragunath berkata, ia diiktiraf di peringkat antarabangsa bahawa peguam menjalan tugas penting apabila mereka mewakili pelanggan mereka dalam menegakkan keadilan.

Oleh itu, tegasnya, mereka mesti dibenarkan menjalan tugas mereka secara bebas.

Majlis Peguam, katanya, menggesa pihak polis supaya memberhentikan segera tindakan tidak wajar memanggil peguam yang mewakili pelanggan mereka, untuk memberi kenyataan.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya menghormati undang-undang, yang termasuk hak mendapatkan khidmat guaman tanpa sebarang gangguan dan ugutan terhadap peguam yang menjalankan tugas mereka sebagai pegawai mahkamah.


Satu Malaysia, Polis Didahulukan, Pretasi Diutamakan

Ini jelas mempamerkan penyalahgunaan kuasa.

Hak dan undang2 yang melindungi peguam pun tidak diperdulikan lagi.

Berbekalkan uniform biru, dan beberapa ketul paku, mereka-mereka ini terus menindas dan menafikan hak warga negara ini.

Jadi apa yang kita nak heran, peguam pun mereka boleh ugut, apatah lagi kita rakyat bawahan.

sumber : malaysiakini.
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu