Pilihan anda di PRU13

Isnin, 22 Jun 2009

KerajaanPerpaduan - UBN kecewa lagi....

Bila kecewa, macam-macam boleh jadi. Itulah yang berlaku pada UBN hari ini apabila Pakatan Rakyat sebulat suara menolak pembentukan kerajaan perpaduan(UG). Pelbagai reaksi dan komen yang dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin UBN, dan ada diantaranya yang jelas menampakkan kebodohan sendiri. Pemimpin teratas mereka, melaungkan satu Malaysia sebagai agenda di era pemerintahannya..... tapi masih ada segelintir di kalangan mereka yang masih kurang jelas mengenainya.


Mente
ri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.
(Sekiranya anda menonton Berita Utama TV3, jelas menunjukkan Ismail Sabri memperlekehkan kaum cina, apabila mengatakan PAS lebih suka berbincang dengan DAP a.k.a Cina berbanding UMNO a.k.a Melayu. Beliau seolah memperli PAS yang memperjuangkan Islam tapi bekerjasama dengan parti bukan Islam. Beliau samada sedar atau tidak bahawanya Najib sendiri melaungkan satu malaysia yang menggambarkan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Jadi, apa motifnya Sabri membangkitkan perkara tersebut sedangkan sudah berapa lama UBN itu sendiri bekerjasama dengan MCA dan MIC. Adakah MCA dan MIC itu melayu?...)

Pemimpin sebegini seharusnya diambil tindakan kerana sering kali meniupkan api-api yang berbaur perkauman. Mereka seringkali berdiri di belakang Ketuanan Melayu yang kononnya memperjuangkan hak melayu, tetapi hakikatnya mereka-mereka ini menggunakan agenda ketuanan melayu untuk terus menipu rakyat dalam memperkayakan kaum kerabat mereka.

Adakah layak pemimpin-pemimpin ini diangkat untuk mentakbir negara? Adakah hasrat Najib untuk mewujudkan satu malaysia akan tercapai dengan wujudnya pemimpin-pemimpin sebegini di dalam kerajaannya? Yang jelas..... satu malaysia adalah satu lagi pembohongan untuk rakyat Malaysia.

BERITA PENUH :

KUALA LUMPUR: Tindakan Pas hari ini menolak cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diwujudkan kerajaan perpaduan memperlihatkan ketidakjujuran parti itu untuk mengadakan perbincangan ke arah kebaikan, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka yang mencadangkan. Dalam usaha membangunkan negara, kita tak boleh putus asa kerana apa yang penting ialah masa depan negara," katanya.

Penolakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu diumumkan oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu pertemuan pemimpinpemimpin pakatan pembangkang di Bangunan Parlimen di sini hari ini. BERNAMA




akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu