Pilihan anda di PRU13

Rabu, 3 Jun 2009

PRK@ManekUrai - Rakyat mahu 1000 lagi Ahmad Maslan

Ahmad Maslan selami kehidupan rakyat di kebun getah

AHMAD Maslan menoreh getah di kebun Ibrahim Omar (kiri) ketika meluangkan masa beberapa hari bersama penduduk DUN Manek Urai, di Kampung Bukit Budu Lata Rek, Kuala Krai, semalam.


KUALA KRAI 2 Jun - Bagi menyemarakkan semula tradisi mendekati rakyat secara bersemuka dan menyelami kehidupan dan pandangan sebenar mereka, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berusaha menggunakan pendekatan tersendiri.

Beliau bermalam di rumah seorang penduduk kampung Chuchuh Puteri yang dikenali sebagai Pak Kob dalam kunjungan kali ketiga di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Selesai solat Subuh di masjid kampung itu, Ahmad Maslan kemudian turun bersarapan sebuah warung di situ.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu kemudian menjengah keempat buah rumah penduduk kampung termasuk menziarah mereka yang sakit dan bertemu penyokong Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudian pulang semula ke rumah menukar pakaian dan terus ke kebun Ibrahim Omar, 56, di Kampung Bukit Budu, Lata Rek untuk bersama menoreh getah.

Bersama Ibrahim, pemimpin itu menghabiskan masa kira-kira sejam menoreh dan pihak media yang menyedari kegiatannya itu menemuinya di kebun.

sambungan.... disini

KOTA BHARU 2 Jun - Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta menggerakkan jentera masing-masing bagi melengkapkan pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Manek Urai.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan maklumat berkaitan sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut akan melengkapkan pelan tindakan dan pelaksanaan yang berkesan bagi manfaat penduduk.

''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio- ekonomi dan politik di kawasan tersebut.

sambungan disini
......................................................................................................

Manek Urai, Pilihan Raya Kecil(PRK) ketujuh selepas PRU12 dan PRK Ke lima dalam era pemerintahan Najib. Selepas PRU12, PR sudah berjaya memenangi 5 daripada 6 pilihanraya. Kini Manek Urai menjadi medan pertarungan seterusnya. UBN kini sudah mula menjalankan kempen dalam memenangi hati rakyat. Contoh seperti berita diatas. Teruskan usaha anda.... mungkin UBN perlu melipat gandakan usaha tersebut. Moga-moga kerajaan UBN dapat membantu rakyat bawahan dengan memberi bantuan seperti : bantuan anak2 ayam, lembu, kambing dan benih2 untuk pertanian. Dan kerajaan UBN juga diharap dapat menaik taraf jalan2 di kampung dengan menurap jalan2 yang berlopak atau menggantikan jalan2 tanah merah dengan tar. Lagi satu, tingkatkan kemudahan komunikasi agar capaian broadband boleh diperolehi demi memudahkan penduduk berhubung dengan dunia luar. aaaaaaaaaa....... jangan lupa bina hotel 7 tingkat atas nama Koperasi Rakyat Manek Urai, ini dapat menjana pendapatan tambahan kepada penduduk. Dengan adanya kemudahan seperti ini, sekurang-kurangnya penyokong2 UBN dari segenap negeri akan dapat menjalankan tugas dengan selesa semasa PRK yang akan berlansung pada 14 Julai nanti.....

Dan permintaan terakhir dari warga manek urai - "tolong hantar seramai mungkin orang seperti Ahmad Maslan, boleh la kami nak bersenang lenang sebelum pilihanraya. Dah lama teringin nak cuti dari menoreh, kalau ada ramai yang datang membantu, rasa-rasanya boleh la kami nak rehat sebulan dua...."


akira8047
kedaikopitepimasjid

7 ulasan:

  1. Lepas ni peninglah kepala Pak Ibrahim Omar,habis luka pokok getah yang ditoreh oleh Ahmad Maslan. Tak pa Pak, sekurang-kurangnya ada "MASUK".

    BalasPadam
  2. salam bro,

    hang jangan buat promo macam ni, nanti dihantarnya puteri-puteri umno pegi toreh getah, siap tertonggek-tonggek, abis pakcik-pakcik kat manek urai....

    kah kah kah

    mau abis ubat kuat lepa order kat wak banjar..

    kah kah kah

    BalasPadam
  3. cadangan yang baik..

    woiiii puak2 umno. ayuh anda semua ke manek urai...

    BalasPadam
  4. Lps ni kenduri, kematian, surau, masjid, kedai kopi penuhlah org umno. Lps ni sapa nak lepak tak pyh toreh atau kerja, bagi je pencacai Umno buat. Diorg tak sabar buat amal tu. Agak2 bini malas basuh baju, panggil puteri Umno, bagi bini rehat plak. Tapi jgn terus direhatkan plak sbb dpt org muda. Nak plak terselak kain skt. Pening kepala!

    BalasPadam
  5. noreh getah kawe tak sokong umno buat . kawe sokong supaya umno buat jale tar gi kebun getah dan buat gertak kat manik urai lama sebelah gertak kereta api tu dan terus ke manik urai baru . baru rakyak termakan budi belanja tak banyak cuma dalam 200 hingga 500 juta sahaja.

    undi kenalah undi pas.

    BalasPadam
  6. Ahmad Maslan ni bukan setakat boleh toreh getah je, kalau suruh dia minum susu getah pun Ahmad Maslan sanggup.

    BalasPadam
  7. Kalau manek urai UMNO kalah, Ahmad Maslan boleh terus menoreh getah di sana.Lepas ni kalau berlaku p.raya kat kawasan bendang , dia kata..."saya dibesarkan dengan lumpur bendang"
    HIPOKRIT SATU MALAYSIA.................

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu