Pilihan anda di PRU13

Rabu, 24 Jun 2009

Kemalangan Maut di Penanti


Kubang Semang, Penanti - Satu lagi kemalangan maut berlaku di Kubang Semang. Kejadian jam 5.10 petang berlaku 300 meter dari Masjid Kubang Semang menuju kearah Permatang Nibong membabitkan sebuah treller dan motosikal. Penunggang motosikal yang putus di pergelangan kaki meninggal dunia ditempat kejadian.

Kemalangan terbabit berlaku apabila penunggang motosikal terbabas di selekoh berikutan keadaan jalan yang licin dan terus melanggar treller yang datang dari arah bertentangan. Penunggang merupakan seorang pekerja bank yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Baru,Perai. Akibat dari kemalangan tersebut, berlaku kesesakan hampir sejam dari Jalan Permatang Nibong menuju ke arah Kubang Semang.



KedaiKopiTepiMasjid - Ini merupakan kematian ke-3 dalam tempoh seminggu yang berlaku di depan aku. Kejadian-kejadian sebegini harus dijadikan iktibar dan peringatan. Pandu dengan berhati-hati dan ingatlah 'MATI ITU PASTI'..... buatlah amal sebelum terlambat kerana kita belum tahu masa dan dimana kita bakal di JEMPUT. Kepada pihak Hospital(Ambulan) dan Bomba...TAHNIAH diucapkan kerana kepantasan anda tiba di tempat kejadiaan.... kepada anggota POLIS, tingkatkan kepantasan anda. Hari ini anda jelas lewat 30minit berbanding ambulan dan bomba.

gambar : kecik@kedaikopitepimasjid
akira8047
kedaikopitepimasjid

9 ulasan:

  1. Al-Fatihah. Nama arwah...Abdul Hafiz

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah...

    Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.

    semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.

    BalasPadam
  3. al fatihah pada abdul hafiz bin abdullah....

    BalasPadam
  4. dari sahabat sejati27 Jun 2009 pada 10:28 PG

    Aku nak ucapkan takziah kepada keluarga arwah diatas permergiannya...
    sama-samalah kita mendoakan kesejahteraannya disana. semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T pesanan dari sahabat sejatinya..

    BalasPadam
  5. thankzzz ya...aku ambk gmbar ni buat knangan..spupu aku yg baik ni dah x ada....al fatihah

    BalasPadam
  6. arwah adalah abang kandung saya..arwah seorang yang abang yang baik,anak yang taat kedua ibu bapa,perintah Allah..sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga,banyak tangugjawab yang harus dipikulnya,bekerja demi membantu keluarga..terlalu sedih untuk diungkapkan dgn kata-kata..redha dgn pemergian arwah abg tersyang..sesungguhnya Allah lebih sayangkan abg.potret konvo pada 2 julai yang lepas masih berada dalam atas meja.belum sempat digantung di dinding...semua hanya tinggal kenangan...gaji pertama niat hanya untuk mengumpulkan sanak-saudara...alhamdulillah hajat nya tercapai tetapi hibanya arwah tidak dapat menatap,tersenyum untuk brgembira bersama sanak saudara...berkumpul untuk majlis pengebumiannya..Ya Allah..ampunilah dosa-dosa abgku,tempatkan lah arwah bersama orang yang beriman dan beramal soleh..Ya Allah,kuatkan la imanku dan keluargaku,ibu bapaku..semoga tabah menerima ujianMu..
    al-fatihah...
    kepada pembaca dan melihat gambar arwah semasa kemalangan..saya dengan penuh rasa harapan..semoga kalian tidak mengaibkan si arwah dan keluarga..tetapi hadiahkan al-fatihah kepada arwah semoga arwah tenang di sana..amin..ambil lah iktibar bahawa ajal akan menjemput kita pada bila-bila masa..

    BalasPadam
  7. teman rapat...

    arwah seorg yg sgt2 baik,serba boleh,berbudi dan sgt menghormati org tua...
    mmg brita kehilangan arwah mmbuatkan suma rakan2 terdekat terkejut dan x pecaya krn kami sentiasa contact dan berjumpa..
    tp mati itu pasti dan ajalnya dh tiba...
    Allah lbg sygknnya...
    sesungguhnya org yg baik mmg pergi awl..
    kpd rakan2 arwah yg lain kita suma jgn lupa segala jasa yg arwah pnh buat,sumbangan yg penah di hulurkan..
    sedihnya arwah x sempat nk menikmati alam pekerjaan ...
    kepada keluara arwah.tabahkan hati..mmg sukar nk trima kehilangan org yg kita syg,tambah pula arwah ank lelaki tunggal..
    kita sama2 doa semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman dan soleh..semoga dosa2 nya di ampunkan...
    Al-Fatihah..

    BalasPadam
  8. redzuan
    Kuala Lumpur

    aku asal orang sana juga, tapi dah lama tak balik kampung. Dari gambaran yang diberi..aku masih ingat jalan mana, kawasan mana. Tapi memang sedih bila baca coretan dari adik mangsa dan semoga allah s.w.t mencucuri rahmat kepada allahyarham abdul hafiz abdullah. Bagi yang menunggang motorsikal, dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sebab kalau kita melanggar/terlanggar pun kita terjatuh, kita di langgar pun kita tetap terjatuh. Bagi kenderaan yang lebih besar, hormatilah hak pengguna jalanraya yang lain.

    al- fatihah

    BalasPadam
  9. Takziah buat keluarga arwah...al-faatihah..
    Lokasi ini amat dikenal pasti oleh pengguna jalanraya yang sentiasa melaluinya untuk ke tempat kerja di butterworth, prai, seberang jaya, permatang pauh dan sekitarnya. Selepas simpang 3 masjid kubang semang menghala permatang nibung, ada satu selekoh yang amat merbahaya di kedua-dua arah. Kemalangan ini berlaku pada 2009. Malah pada tahun 90an lagi seorang rakan sekampung telah mengalami kemalangan motosikal di sini menyebabkannya lumpuh seumur hidup. Kini berpuluh tahun berlalu..keadaan selekoh jalan yang tajam dan sempit ditambah lagi mutu turapan jalan yang tak sekata, tanpa papan tanda 'awas merbahaya' dan penghadang tepi jalan pantulan cahaya'. Kini tahun 2016, keadadan tetap sama. Persoalan saya di sini ialah kenapa pihak-pihak berwajib tidak menghiraukan dan tidak menambah baik selekoh ini sebagai ikhtiar mengurangkan kemalangan. Adakah terlalu mahal kosnya berbanding berpuluh nyawa insan-insan yang amat diperlukan untuk pembangunan negara.. adakah alasannya terlepas pandang sedangkan rekod statistik kemalangan di jalan ini amat tinggi. Adakah bajetnya terlalu tinggi berbanding projek menaiktaraf dan landskap kebun bunga dan jalanraya lain yang kurang kadar kemalangannya.??
    Bak kata seorang perwakilan dari langkawi (arwah man pen).. "kalau tak mau letak papan tanda bahaya, jangan buat jalan yang merbahaya". Sayugia diingatkan, jalanraya tidak terjadi sendirinya malah kita manusia yang membinanya.. jadi segala aspek mesti diambilkira kerana pengguna jalanraya yang membayar/tidak bayar cukai jalan mempertaruhkan nyawa sendiri bila berada di atas jalanraya. Jadi saranan saya ialah pihak berwajib dan berkenaan seharusnya lebih peka dan bertindak pantas demi menjunjung amanah rakyat..janganlah sehingga melibatkan ahli keluarga sendiri barulah nak sedar dan bertindak.Buatlah apa yang patut. Harus diingat juga bahawa ini adalah satu daripada beribu lokasi merbahaya dan kemalangan yng mesti dirujuk dan ditambah baik. Semoga roh saudara hafiz dan semua yang terlibat di sepanjang jalan permatang nibung ini dirahmati.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu