Pilihan anda di PRU13

Isnin, 8 Jun 2009

KerajaanPerpaduan - Siapa yang mudah lupa

KERAJAAN PERPADUAN.

Mengapa baru sekarang? mengapa tidak dari awal? huh bingung jika cuba memikirkanya, dikala mereka diulit penghormatan....mereka mula memandang sinis rakan sendiri. Apa yang membuat mereka seolah hilang pertimbangan? Mengapa mereka begitu teruja mahu berunding dengan orang yang pernah "menendang" mereka? Bukankah ada lebih baik kiranya mereka memusatkan perhatian kepada memperkukuhkan pakatan? Muzakarah,Muqabalah atau apa saja....mengapa tidak diadakan dikalangan rakan pakatan yang telahpun menunjukkan sikap setiakawan dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini?


Arrgghhh... itu semua tidak perlu! Pakatan cukup melelahkan....ada sahaja yang mahu didebat tiap kali idea cuba dilontarkan.Berbeda dengan disebelah sana, mereka tampak lebih mudah menurut.....manakala layanan yang disajikan agak jauh lebih sempurna berbanding sebelum ini.Mereka tidak punya majoriti penuh untuk mentadbir....lantaran itu kita amat diperlukan bagi mengukuhkan kembali cengkaman mereka keatas negara. Kontrak-kontrak , saham-saham,konsesi balak dan tanah berhektar yang kesemuanya merupakan hak rakyat! telahpun dibidak dan diagihkan kepada para kroni mereka....malangnya..mereka telah terpukul dalam PRU-12 oleh rakyat! kesedaran yang membawa kepada kebangkitan seluruh rakyat ini adalah disebabkan ANWAR IBRAHIM!! Dialah menjadi punca kepadau nasib malang pimpinan ketuanan Gerombolan!!


Kegigihan dan ketekunan ANWAR telah menjadikan rakyat menolak GEROMBOLAN sekaligus menyelamatkan harta rakyat dari terus tergadai! Justeru sudah lama diulit kemewahan dan kesenangan, GEROMBOLAN sukar menerima hakikat bahawa sudah sampai masa empayar koloninya runtuh.Ini lumrah biasa bagi penguasa Zalim, kejatuhan empayar ZALIM semuanya kerana kebangkitan rakyat! itu adalah merupakan bala yang Allah janjikan kepada sipenguasa zalim. Nah! sebagai pelengkap ceritera empayar Zalim...sudah pastinya mereka akan cuba menongkat langit! Disinilah kita diperlukan oleh mereka. Kerusi kita sedikit? hanya sekitar 23 sahaja diParlimen? Hmmm....GEROMBOLAN hanya perlu sebanyak itulah untuk mengekalkan empayar koloninya.Bagaimana ANWAR?


Bukankah dia yang banyak mendorong rakyat agar berani berubah? bukankah ANWAR yang kehulu-kehilir sampai tidur dalam kereta,demi memastikan kita dapat berdiri megah pada hari ini? Tahukah kita,tatkala kita disambut selaku penguasa baru oleh rakyat! ANWAR masih ditekan oleh penguasa zalim? Disaat kita tidur berlandaikan tilam empuk,ANWAR masih lagi terpaksa lena diatas simen lokap? huh!! itu semua bukan masalah kita! Biar ANWAR hadap sendiri masalahnya! ia langsung tidak ada kena mengena dengan kita! Tapi bukankah kita pernah diterajang oleh penguasa zalim itu? setelah habis madu, maka sepah dibuang....lupakah kita?


Kitalah yang mengajar disemua madrasah tentang bahana bersikap asobiyah! kita jugalah yang menyeru kepada semua umat islam agar menjauhi sipenguasa ZALIM! Rakyat mengikut kerana menyetujui kita.....rakyat berhabis sekian banyak demi mengangkat apa yang kita sebut sebagai wadah islam! Sehingga apa yang ditakutkan oleh para GEROMBOLAN dimana kesemua rakyat tanpa mengira ras telah dengan berani dan bangga mengangkat panji kita! malah hari ini siapa sangka... kita sudah punya bangunan sendiri ditengah bandaraya KUALA LUMPUR! errr....seperkara lagi...selama ini, pernahkah kita dipukul dan disembur dengan bahan kimia? TIDAK! ini kerana kebijakkan kita.....kita hanya perlu menyeru dari surau-surau,madrasah dan lapangan ceramah....tak perlu kita turun sekali...jangan jadi bodoh seperti ANWAR!! Oleh kerana sanggup kehadapan, matanya lebam serta hampir mati dibelasah.Malah keberanian ANWAR itu hanya berhasil membawanya kerumah pasung selama 6 tahun.


Oh kalau begitu, apakah GEROMBOLAN akan beri kita tempat diSRI PERDANA? err...apakah GEROMBOLAN akan menyertai usrah kita? TIDAK? Jika begitu, apa untungnya pada kita? Seperkara lagi, jika dibubarkan kembali PARLIMEN, apakah GEROMBOLAN akan meletakkan kita ditempat yang menjadi tradisi mereka? apakah GEROMBOLAN akan bisa menambah kerusi kita agar sama banyak dengan mereka sekurang-kurangnya? Kalau GEROMBOLAN sanggup berbuat demikian..apakah rakyat sanggup lagi memberi undi kepada kita, setelah apa yang mereka impikan (membenamkan GEROMBOLAN) tidak berhasil?


Argghhhh...rumit untuk memikirkannya....apatah lagi jika terbayang perkataan setiakawan! ANWAR telahpun membayar segala hutangnya pada kita bilamana dia diterajang jatuh,dipukul,diaibkan dan dinafikan haknya. Itu mungkin sahaja kifarah yang terpaksa dilunaskan tatkala mengambil keputusan meninggalkan jemaah dulu. Siapa kita untuk menghukum sekaligus menambah deritanya lagi?


Hmmm...biarlah...sesungguhnya pimpinan kita lebih mengetahui....tetapi.....mengapa penasihat bertaraf Tuan Guru juga menghalang pimpinan dari meneruskan ini semua? Arggghhh....dia mungkin mendapat maklumat yang silap, selepas ini kta akan terangkan padanya dan pastinya dia akan akur dengan kita. Hahahaha....Mungkin kita terlupa.....Tuan Guru itulah yang menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri tatkala kita diterajang keluar apabila kita sudah tidak diperlukan lagi oleh gerombolan. Tuan guru itulah yang menjadi antara penyelamat dikala itu,dialah yang berusaha membaiki semula bahtera kita yang bocor agar tidak terus karam. Apakah itu yang menjadi trauma kepadanya? atau sahaja beliau memang sudah tahu jenis musibah yang akan melanda kita apabila meneruskan niat kita tadi? Hmmm.... itu juga satu kemungkinan...bukankah dia Tuan Guru! dan bukan sembarangan Tok Guru!

sumber : eddieputra
akira8047
kedaikopitepimasjid

4 ulasan:

  1. Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

    Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

    Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

    Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

    BalasPadam
  2. Ana setuju
    1. UMNO ni umpama Org Munafiq/Org Yahudi..yg ada perancangan jahat mereka. Dulu kini dan selamanya..Bacalah sejarah dulu, la ni..Polis, SPR semuanya tunggangan UMNO

    2.Lihat2 la organisasi2 yg menyokong mereka..dari mana laba mereka dapat..sponsor dari puak2 mana. Jadi bo..layan mereka ni. Diorg ni MASTER MIND dlm perancangan. Tak leh Isu Org Melayu bawak Isu Derhaka RAJA la ni bawak Isu Kerajaan perpaduan..Nampak dak perancangan master Mind Politik dalm UMNO.

    3.PAS tak perlukan UMNO..kalau nak suruh je najib keluar UMNO masuk PAS..bubarkan UMNO.

    4.Kalau PAS memerintah dgn cara kerajaan perpaduan..takkan Najib nak mintak tutup siasatan Altantuya..lu pikir la sendiri ..Dan TGHH nak tutupkan Kes-kes org UMNO..?

    TGNA banyak pengalamannya menentang UMNO di Kelantan. Setakat di Perak tu celah gigi je..tu pun kelam kelibut..turun naik mahkkamah..Keje sapa..keje UMNO dan mereka ni tak akan henti2..La ni bila lemas mereka cuba berpaut dgn PAS ..sok2 dengan PAs mereka lemaskan..Ingatlah sejarah Dr Asri dulu wehh kome..

    Saya nak tanya kot2 sapa yg tahu ..pernahkah TGHH ditelanjang bulat SB,
    lebam mata ditumbuk bulat Ketua Polis,disimbah air terkulat-kulat FRU,Masuk penjara ditahan lokap..

    BalasPadam
  3. Tuan,

    Aku setuju dgn pendapat tuan.
    Aku wala' pada Nik Aziz. Aku takkan redho dgn pimpinan yg menolak kerjasama PR dan sedia bergabung dgn Umno. Atas sikap mereka ini di Muktamar yg lalu akan secara langsung menghilangnya sokongan rakyat, penyokong dan ahli terhadap PAS. Adakah kejayaan PAS di beberapa negeri kerana kekuatan dan sokongan ahli PAs? tidak sama sekali. Itu adalah kerana sokongan rakyat yg menolak Umno. Sekiranya kita bersedia bekerjasama dgn Umno bermakna kita sedia perjuangan kita dikuburkan. Tiada apa lagi yg rakyat boleh harapkan pada segelintir pemimpin yg menyokong gaungan bersama Umno. Walaupun ia bkn budaya jamaah, tapi aku ttp akan menentang puak2 muqbalah @ UG ni demi hak aku sebagai rakyat dan aku tidak sanggup mengkhianati kesepakatan PR. Sedih melihat pimpinan PAS!!!! Pasti arwah ustaz fadhil dan TG Nik Aziz akan bersedih dgn sikap mereka.

    BalasPadam
  4. Salam......

    Aku menyokong penuh KEPIMPINAN ULAMA. Aku akan pertahankan KEPIMPINAN ULAMA selagi mana Allah swt memilih aku untuk mempertahankannya.

    Tapi AKU MEMANG PANTANG BILA KADUK NAIK JUNJUNG. PAS kalah sampai tersembam pada PRU Ke 11 dulu pun kerana KADUK KADUK ini. Dan sekarang KADUK KADUK ini buat hal lagi.

    Ingat !! Yang masuk syurga adalah golongan MUTTAQEEN. Bukannya golongan bertitle ULAMA ataupun PROFESIONAL.

    Ayuh !! Saudara saudara ku sekalian !! Bangunlah !! Pertahankan jemaah ini daripada KADUK KADUK ini !!

    Yang menghancurkan PAS bukan ERDOGAN !! Yang menghancurkan PAS bukan ULAMA !! Tetapi yang menghancurkan PAS adalah KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG !!

    Siapakan KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG itu?! H1N1 !!

    www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu