Pilihan anda di PRU13

Rabu, 21 Oktober 2009

Mari belajar cara membazirkan duit rakyat

RM84K untuk 2 unit Laptop

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta agar segera menjalankan siasatan ke atas Majlis Amanah Rakyat atau MARA berdasarkan laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. Antara lain laporan tersebut menunjukkan bahawa beberapa pembayaran yang mencurigakan telah di buat oleh pihak MARA kepada pembekal mereka untuk barangan yang nilainya jauh melampaui harga pasaran.

Rasa curiga ini adalah wajar untuk mengetahui apakah justifikasi yang dibuat oleh pihak MARA yang dibiayai wang rakyat oleh Kerajaan sehingga membelanjakan lebih RM80,000 bagi dua unit Komputer Riba sedangkan harga pasaran hanya RM4500 sahaja untuk seunit laptop jenis dan spesifikasi tersebut di pasaran awam. MARA juga membeli Komputer Meja (Desktop) pada harga hampir RM7600 seunit. Adakah pihak MARA sewenang-wenangnya boleh membelanjakan wang rakyat sedangkan matlamat asal mereka iaitu untuk memegang amanah rakyat dan membina masyarakat bumiputera dilupakan?

SPRM harus membuktikan integritinya dengan menjalankan siasatan segera. Inilah tradisi membazirkan duit rakyat yang diamalkan kebanyakan agensi kerajaan. Kita masih belum lupa akan laporan Audit Negara pada tahun lepas membabitkan pembelian pemutar skru yang dibayar dengan jumlah ribuan ringgit. Namun tiada apa tindakan diambil.Apakah wujud dua sistem perundangan,siasatan dan dakwaan berbeza di Malaysia?

Acer Aspire 5052. Harganya RM42,000 seunit? -

www.p99ampang.com



akira

12 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Kenapa kita orang Melayu sakit hati dengan orang Melayu dalam perniagaan .Apa nak diragu kan perihal lapuran Audit Negara tentang harga dua buah "LAPTOP" sebanyak RM 80,000.00 .Bagi saya memanglah harga pasaran sebanyak RM 4,800.00 tapi harga pasaran tidak termasuk perisian .Pihak Mara mungkin memohon kepada pihak pembekal untuk menambah berbagai bagai perisian portalnya .Munkin pihak Mara mohon kepada pembekal dimana "Laptop" tersebut menguna Satelite untuk mengekseskan pengunaannya . Jadi dengan perisian dan mengunakan satelite untuk melayar siber kira tidaklah mahal sangat cuma RM 80,000.00 . Tolong open minded sikit , macam mana orang Melayu nak maju jika ada orang Melayu serumpun rasa saki hati.hj jamaludin

    BalasPadam
  2. Hj Jamaludin,
    Ni nak btau sket, hang ni macam budak lepas skolah bcakap la..bende2 `over mark-up` ni mmg berleluasa dalam hal2 tender dan supply barang.aku ade autoriti bercakap sebab ni bidang aku. kes2 macam ni biase berlaku bile supplier dan purchaser berpakat.supplier biasenyer amik untuk sikit dlm 25%-30% untuk satu2 barang tp biasenyer purchaser (dlm kes diatas pegawai MARA bhgn purchasing tersebut) akan mintak `bahagian` dia.dia akan minta supplier mark-up mahal lg sbg contoh laptop berharga RM4000, supplier mark-up 30% jadi untung RM1200.ni standard.xdehal.tp bile jadi RM80K, ini bermakna purchaser `makan` RM70K lebih! terkejut? bende ni biase aku nmpk kene pada kawan2 aku yg jadi supplier baru2 ni untung 1 PO RM2500 tp purchaser makan RM12K ntuk PO yg same.So tuan Haji, aku rase ko yg tolong open minded sikit.guna satelit? helo pakcik, kite bercakap pasal penggunaan MARA bukan NASA.ape perlu smpai pakai internet satelit?ko cakap pasal satelit ni pasal nk nmpk macam open minded ke? Hello pakcik..wake up!!! -crystaleye

    BalasPadam
  3. Bodo punya pakcik. Pakcik ni kena buat hapus kira je.

    BalasPadam
  4. cehhh guna title Hj. konon...racist lak tu...bukan melayu je aku sakit ati kalo wat cam tu...cina ngan india pun aku lempang kalo makan duit cam tu tau...baru la 1Mlaysia...ni lah contoh gi haji pas tu haji tak mabrur...kui kui kui...khakkk ptuiiiii!!!!

    BalasPadam
  5. salam tuan haji jamaludin.

    saya cuma nak hentam skit jer... agak2 tuan aji la.. berbaloi ker kalau setakat laptop harga 4ribu lebih nak taruk perisian yang 10 kali ganda nilainya. lagi satu, tolong jelaskan perisian apa yang Mara guna hingga nilainya begitu tinggi.

    takpun tuan aji nie yang jadi pembekal utk mara. tu yang marah sangat....

    BalasPadam
  6. "harga dua buah "LAPTOP" sebanyak RM 80,000.00 .Bagi saya memanglah harga pasaran sebanyak RM 4,800.00 tapi harga pasaran tidak termasuk perisian"
    Hoiii..apa punya perisian sampai RM40K,buta IT tu.

    "Munkin pihak Mara mohon kepada pembekal dimana "Laptop" tersebut menguna Satelite untuk mengekseskan pengunaannya . Jadi dengan perisian dan mengunakan satelite untuk melayar siber kira tidaklah mahal sangat cuma RM 80,000.00 "
    Siapa ISP satelite tu boleh rekemen kah ji..Kalau dah menipu tu ngaku saja lah jangan cuba perbodohkan orang lain pula,kalau unit tentera yang guna oklah ...ini baru laptop/komputer RIBA ..dah RM40 RIBU !!!!....sudah jangan tipu rakyat lagi...APA SEBENARNYA TUJUAN MARA BELI KOMPUTER RIBA BEGITU MAHAL...

    Kalau mark-up harga pun bagi lah yg logik punya ini laptop yg lebih baik dari Acer Aspire 5052 pun murah dari tu biar dalam harga USD..

    hj jamaludin awak bagi listlah apa perisian yg kena tambah sehingga boleh sampai RM40 ribu hrga satu Laptop..kira ambil RM500-RM1000 ja untung dari satu laptop

    BalasPadam
  7. hj jamaludin naik haji guna duit hasil jual LAPTOP untuK MARA/other Gov service dengan sebutrga berikut :

    Bekal/pasang 1 unit komputer riba dengan perisian berikut.
    Microsof opis 5000 xxxpork
    Windo basi 9000
    Perisian Perniagaan satelit By Hj J
    Solitaire
    freecell game

    semua diatas dengan Harga RM 42000 sahaja selepas diskaun 10% untuk Orang Melayu saja(melayu Tolong Melayu punya harga) ,Untuk Bangsa lain harga tambah 25%..masih murah kawan.

    BalasPadam
  8. padan muka hg hj jamaludin...kuikuikui...

    BalasPadam
  9. Apa makna MARA...Melayu Akan Ranap Akhirnya inilah contoh penyelewengan mara ,tak masuk akal.gila ka apa .sokong umno ini jadinya.lingkup negara.

    BalasPadam
  10. Tuan Haji Jamaluddin,

    Maaf na tuan haji, kesian kena buta kare jea. Lain kali kalau nak bagi sesuatu "fact" jangan dengar cakap orang atau buat rumusan sendiri. Pakai akai la. Nak "depend" pun biaq la kena tempat, ni main goreng jea.Anak saya tingkatan lima baca ulasan Tuan Haji pun dia tergelak. Lain kali tanya supplier la tuan haji kalau tak tau. Jangan letak akai dilutut kalau nak ampu sangat pon.Haji tu beli kat Bayan Lepas kot...

    BalasPadam
  11. klaka la bace ulasan2 diatas...pening kepala sbb demam pom bleh hilang dalam 10 kelip mata..

    ni la org kata ;
    harga hias kete lbh mahal dr harga kete tu sndr...MARA nak join IT show kot sbb tu beli mahal dr org lain...mase beli tu ade dia bagi bulu2 kucing free x??nak wat deco kat booth pameran nanti..hahha..

    BalasPadam
  12. Setelah diteliti, software tu mmg mahal. Cube cari sendiri harga software di pasaran. Cari yang hi-end software la. Jangan cari software yang biasa2 ni. Saya dulu pun macam ni gak. Lepas saya cuba cari satu safware ni punye harga, harga sebijik umah pun ade baru saya terfikir semula. Saya ambil pendekatan cuba letak diri kita di tempat orang.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu