Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 2 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG :Pengakuan Bekas Tentera mengundi bagi pihak BN


Pengakuan ini dibuat oleh Kepten Mejer (B) Abu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR. Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR.

Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, saya sendiri Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejer(B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Suhaizan Bin Kaiat : Saya minta EPP(Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24jam tuan.

Dato Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah PD. Saya yang halang tuan.

Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.

YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.

Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS.

Suhaizan Bin Kayat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat. 

akira

6 ulasan:

  1. Jeneral Pookey Mark Hung2 Oktober 2009 pada 10:34 PTG

    Hahahahaha....

    Aduih la....sedap betui mereka cerita...langsung tak ada bukti kukuh asas...

    Kalau setakat cerita macam nie, budak darjah enam pun boleh dapat markah penuh!

    Kah kah kah kah!

    Merapu sungguh hangpa nie...

    Kah kah kah kah!

    Pi tulih skrip buat habuan budak pra sekolah berlakon lagi baguih...

    Kah kah kah...!

    Penyokong dia sendiri kurang nak percaya cerita rekaan paling bodoh nie...

    Kah kah kah kah...

    Kah kah kah kah!

    BalasPadam
  2. Pangkat (Kepten Mejer (B) Abu Bin Kassim)tak ujud dalam ATM.

    1. Kepten adalah pangkat pegawai yang setaraf Kolonel dalam TD dan TUDM.

    2. Mejer mana ada, yang ada Mejar. Ooo...loghat daerah kot? Daerah mana ye?

    3. Tak ujud juga pangkat Kepten Mejer.

    4. Jadi pak cik ni nyanyok atau pangkat ni baru direka atau ini FITNAH semata2.

    Cerita ini juga nampak 99 peratus tahyul. 1 peratus samar2 sebab aku pun dah biasa termakan cerita sebegini. Tapi aku dah tak layan puak Islam yg mengkafirkan saudara Islamnya yg lain. Nak kata penulis tersilap eja pandai pula dia guna Internet yg kerajaan sediakan. Nampak sangat FITNAH pembangkang @ penyokong pembangkang. Semoga Allah mengampuni dosa kerana menabur FITNAH penulis ini. Tahukan dosa FITNAH lebih besar dari dosa membunuh. Kalau Hudud dilaksanakan dan terbukti penulis ini memfitnah, anda tahu apa hukumannya. Sedangkan membunuh hukumnya dibunuh inikan dosa yang lebh besar dari membunuh. Lu pikirlah sendiri. Dah semak perut aku dgn FITNAH. Bye bye pemfitnah

    ariykl@yahoo.com.my

    BalasPadam
  3. Pangkat (Kepten Mejer (B) Abu Bin Kassim) tak ujud dalam ATM.

    1. Kepten adalah pangkat pegawai yang setaraf Kolonel dalam TD dan TUDM.

    2. Mejer mana ada, yang ada Mejar. Ooo...loghat daerah kot? Daerah mana ye?

    3. Tak ujud juga pangkat Kepten Mejer.

    4. Jadi pak cik ni nyanyok atau pangkat ni baru direka atau ini FITNAH semata2.

    Cerita ini juga nampak 99 peratus tahyul. 1 peratus samar2 sebab aku pun dah biasa termakan cerita sebegini. Tapi aku dah tak layan puak Islam yg mengkafirkan saudara Islamnya yg lain. Nak kata penulis tersilap eja pandai pula dia guna Internet yg kerajaan sediakan. Nampak sangat FITNAH pembangkang @ penyokong pembangkang. Semoga Allah mengampuni dosa kerana menabur FITNAH penulis ini. Tahukan dosa FITNAH lebih besar dari dosa membunuh. Kalau Hudud dilaksanakan dan terbukti penulis ini memfitnah, anda tahu apa hukumannya. Sedangkan membunuh hukumnya dibunuh inikan dosa yang lebh besar dari membunuh. Lu pikirlah sendiri. Dah semak perut aku dgn FITNAH. Bye bye pemfitnah

    BalasPadam
  4. salam semua..

    Mungkin Suhaizan Kayat ada silap tentang pangkat yang ditulisnya. Namun perkara ini sememangnya sering berlaku dalam undi Pos di kem tentera. Ayah aku sendiri semasa dalam ATM dulu langsung tak pernah tengok kertas undi, tapi bila tanya kepada pegawai atasan jawapannya dah siap pangkah.

    BalasPadam
  5. kepada Jeneral Pookey Mark Hung dan Tentera,

    kalau korang rasa tak betul, baik buat laporan polis jer. saman saja suhaizan tu. lagipun sorang jeneral pukimak dan sorang lagi tentera jahilliah.... skang kan zaman saman menyaman..... kalau pemimpin PR brani saman media yang sebarkan fitnah... apasal kerajaan tak brani saman media PR.... kalau setakat cakap berdekah-dekah, baik korang diam saja...
    lagi satu... ada ke kerajaan saman media PR yang buat fitnah aaa???... kalau ada, kerajaan penah menang ker????... tapi kalau PR saman... banyak yang menang....

    BalasPadam
  6. woitttt tentera...

    kalau kau tau hukum fitnah... apa pulak hukum KERAjaan kalau menolak pemerintahan cara islam....

    jangan cakap saja pandai....

    sah kau nie tentera jahilliah...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu