Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 2 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : Pilihanraya menentang kezaliman

Pilihanraya merupakan satu landasan dalam melantik wakil untuk menyampaikan masalah dan suara rakyat kepada kerajaan. Dalam edisi jelajah PRK di semenanjung Malaysia, Alhamdulillah, Pakatan Rakyat mengekalkan rentak kemenangan dalam semua pilihanraya yang ditandingi. Ini menunjukkan kebangkitan rakyat dalam menolak amalan kerajaan Barisan Nasional yang penuh amalan rasuah dan penindasan.

PRK Bagan Pinang bakal mencatat satu lagi sejarah dimana Parti Islam Semalaysia bukan sahaja bakal berentap dengan Barisan Nasional tetapi berentap menghapuskan kezaliman. Kezaliman yang dilakukan semakin berleluasa diakhir-akhir ini dengan gejala rasuah yang semakin bertambah tanpa dibendung, rampasan kuasa secara haram dalam negara sebagaimana Israel lakukan kepada umat Islam di Palestin, penindasan melalui peningkatan harga barangan yang melampaui kemampuan ekonomi rakyat marhaen dan sebagainya. Namun sedar atau tidak, masih ramai Melayu yang mengaku Islam masih mengagung-agungkan pemerintah sebegini.
Persoalannya kenapa?
Jawapannya cukup mudah,  kerajaan bukan sahaja menyampaikan pembohongan didalam bab-bab ekonomi,sejarah dan lain-lain malahan sanggup memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran dalam meneruskan pemerintahan mereka. Ada dikalangan masyarakat yang kurang pendidikan agama akan mudah terpengaruh dan menganggap apa yang disampaikan adalah benar. Contohnya bab TAAT KEPADA PEMERINTAH.
Ayat dibawah sering digunakan oleh Umno untuk mengikat Melayu yang kononnya Islam untuk terus setia kepada mereka

"Wahai orang-orang beriman! Dan taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan Uli al Amr dikalangan kamu" an Nisa

Dengan mentafsirkan Uli al Amr iaitu ' yang mempunyai hak membuat arahan' atau 'pemerintah', Umno meyampaikan pembohongan kepada ahli-ahlinya bahawa sekiranya mereka tidak taat kepada pemerintah/kerajaan maka mereka tidak akan mendapat keredhaan Allah tanpa diterangkan bagaimana contoh pemerintah yang digariskan dalam Al-Quran.( Sedangkan para sahabat nabi mentafsirkan Uli Amri dengan makna ahli Al-Quran dan ahli ilmu, atau para Fuqaha dan ulama agama)

Aku pernah bertanya kepada seorang pakcik selepas mengerjakan solat asar pada hari pengundian di Bukit Gantang kenapa beliau menyokong umno?(aku bertanya kerana baju yang dipakai berlogokan kati).
Jawapannya seperti diatas " Kita mesti taat kepada pemerintah".... dan aku bertanya lagi "Walaupun pemerintah tu tak betul" dan jawapannya "Ya, kerana kita bukan seperti nabi, kita hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan dosa dan kita sebagai rakyat harus bersabar kerana itu dituntut dalam Islam. Islam menyuruh kita taat kepada pemerintah sebagaimana taat kepadaNya dan RasulNya. Sesiapa yang memberontak kepada pemerintah akan mati dalam keadaan jahilliah".... lihatlah bagaimana Umno mengikat Melayu yang mengaku  Islam untuk terus menyokong mereka. Dan anda jangan terkejut  sekiranya khutbah jumaat di masjid-masjid Bagan Pinang akan dibacakan teks sebegini. Ini pernah berlaku di setiap PRK yang berlansung sebelum ini.

Dalam Islam juga rasuah merupakan satu jenayah yang mempunyai kesan yang amat buruk dam mampu merosakkan diri, masyarakat dan negara. Namun berbeza dengan kerajaan hari ini yeng menganggap rasuah adalah perkara biasa apabila tiada pembasmian dilakukan secara bersungguh-sungguh. Rasuah bukan sahaja berkaitan dengan wang malahan merangkumi politik, ekonomi dan sebagainya. Dengan menghulurkan benda seperti kain batik dan mengharapkan pembalasan sudah boleh dikategorikan sebagai rasuah. Apatah lagi memberi dan menerima jutaan ringgit dalam mengharapkan sesuatu.
Allah menegaskan pengharaman rasuah di kalangan umat Islam dengan berfirman: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Baqarah, ayat 188).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka"
Daripada Abu Hurairah RA ia telah berkata " Rasulullah SAW telah megutuk orang yang memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum-menghukum".

Ini jelas menunjukkan amalan rasuah adalah ditolak dan diharamkan dalam Islam. Malahan Allah akan melaknat pemberi dan penerima rasuah. Tapi yang menjadi persoalan, kenapa PERASUAH yang menjadi pilihan PEMERINTAH di Bagan Pinang. Adakah pemerintah sebegini yang harus ditaati.
 



 Rakyat diDUNGUkan dengan slogan Satu Malaysia... Katakan TAK NAK pada BN laknatullah!!!
 
akira

2 ulasan:

  1. Inggeris telhah menyerahkan pemerintahan negara ini kepada UMNO kerana mereka yakin UMNO akan meneruskan gaya pemerintahan Inggeris.

    Pemimpin tertinggi UMNO memilih calon Bagan Pinang juga berprinsip sedemikian.Ketuanya terpalit dengan tuduhan manakala calonnya sah seorang perasuah.

    Sama lahtu 2x5 , 2x5 jawapannya sepuluh juga.

    BalasPadam
  2. isu ketaatan kepada pemerintah ni slalu aku dengar. bukannya dari orang luar, pakcik aku sendiri. mereka difahamkan oleh ustaz-ustaz bahawa mereka perlu mentaati pemerintah.

    seperti juga kata penulis, mereka tidak diterangkan ciri-ciri yang perlu ada kepada pemerintah tersebut untuk ditaati sebaliknya mentaati hanya berdasarkan ayat tersebut sedangkan banyak lagi dalil2 yang menerangkan bagaimana ciri2 pemerintah yang petut ditaati.

    isu ini kebanyakkannya masih mengikat pengundi-pengundi saluran 1 dan 2. harap2 pemimpin pakatan rakyat tidak sekadar mengadakan ceramah yang menghentam sana sini sebaliknya menerangkan juga kepada pengundi hukum hakam dalam memilih pemerintah agar dapat menyedarkan masyarakat tentang kemudharatan yang dibawa sekiranya silap memilih pemerintah.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu