Pilihan anda di PRU13

Ahad, 25 Oktober 2009

PAKATAN RAKYAT : Bulan yang malap

Sudah 3 hari aku tak berpeluang untuk melayari berita2 dari media baru mahupun pun media perdana berikutan beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Tup..tup... bila buka saja halaman-halaman blog ari ni, terkejut beruk jadinya... mana taknya, pelbagai berita dan info menarik yang aku terlepas. Kiranya banyak berita-berita yang HOT aku terlepas akibat kesuntukan masa yang tak dapat dielakkan.

Dan isu yang menarik tentunya berkaitan dengan Muktamar Khas yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Pelbagai pandangan, saranan dan kritikan yang dapat dilihat apabila melayari laman-laman blog yang menulis berkaitan isu ini. Dalam banyak-banyak tulisan/artikel yang ditulis, aku rasa artikel yang ditulis oleh saudara pemburu syahid adalah yang terbaik. Dibawah adalah artikel yang dicopy dari blog say no to munafiqeen :

Banyak pihak kelihatan seperti melatah dan melompat apabila TG Hj Nik Aziz mencadangkan agar PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membincangkan segala permasalahan yang dihadapi PAS.

Secara jelas, TG Hj Nik Aziz juga mengutarakan beberapa masalah yang semakin membusuk dalam PAS. Sama ada kita bersetuju atau tidak, punca masalah tersebut berpunca daripada persoalan pimpinan dan kepimpinan.

Bukanlah niat TG Hj Nik Aziz untuk menyatakan kepimpinan yang ada ini lemah dan lembab. Niat TG Hj Nik Aziz hanyalah mahu menyedarkan kita semua untuk memperbaiki segala kebocoran yang ada pada bahtera yang bernama PAS ini.

Jadi, janganlah kita menimbulkan soal TG Hj Nik Aziz ingin membalas dendam di atas kekalahan pimpinan PAS Kelantan ketika pemilihan pada muktamar yang lalu.

Cuba kita baca, fahami dan hayati apa yang TG Hj Nik Aziz tuliskan. Buang jauh soal sentimen dan soal prejudis yang bersarang di dalam hati kita.

Kita semua sayangkan jemaah ini. TG Hj Nik Aziz juga begitu. TG Hj Hadi juga begitu. Sayangnya mereka kepada jemaah ini tentulah tidak dapat ditandingi oleh kita kerana hati dan jiwa raga mereka adalah untuk jemaah ini berbanding kita yang hanya berjuang secara "part-time" dan "suka suka"ini.

Ibarat pesakit kencing manis. Kaki yang sudah membusuk itu perlu dipotong bagi menyelamatkan batang tubuh pemilik kaki tersebut. Adakah itu menunjukkan pemilik batang tubuh tersebut tidak sayangkan kakinya? Tentu tidak, bukan?

Begitu juga PAS. Pimpinan tertentu dalam PAS perlu direhatkan atas beberapa alasan. Tidak kiralah sama ada pimpinan itu perlu direhatkan atas alasan kurang komited, atas alasan pemikiran tidak selari dengan era globalisasi, atas alasan mewujudkan jemaah dalam jemaah, mahupun apa alasan sekalipun, kita wajib bersikap terbuka dalam menghayati cadangan TG Hj Nik Aziz ini.

Kita turunkan mereka bukan kerana kita bencikan mereka tetapi kerana kita lebih sayangkan jemaah ini. Jemaah ini adalah iman dan keyakinan kita kerana Islam adalah pegangan kita. Genggam erat bai'ah kita dengan Allah swt dan Rasul-Nya. InsyaAllah, kita akan nampak jalan keluar daripada segala kekusutan ini.

Peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah kertas kerja Allah swt untuk mengasingkan mu'min dan munafiq di Mekah. Begitu juga dengan segala kekusutan yang sedang kita hadapi ini. Muktamar khas ini juga bertujuan untuk membersihkan daki daki munafiq daripada terus menerus membusuk dalam PAS.

Masalah kepimpinan dalam PAS telah dikesan sejak Pilihanraya Umum Ke 10 lagi. Banyak pihak telah cuba untuk mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah ini. Malangnya, penasihat penasihat yang bersekolah tinggi tetapi berotak tepu yang ada itu tetap menyapu segala galanya ke bawah carpet.

Apabila timbul masalah, hujah yang akan disajikan kepada kita hanyalah - "ini hanyalah ribut di dalam cawan". Soalnya, sampai bila nak tutup? Sampai bila nak "bersilat" dan nak menafikan?

Kenapa sekarang baru Ketua Pemuda PAS Pusat nak "tersedar" bahawa PAS memang bermasalah? Adakah para penasihat di sekeliling beliau tersalah memberi nasihat? Atau adakah beliau memang jenis yang pekak badak?

Aaaarrrrrgggggggghhhhhh......hangpa jangan buat PAS macam mak bapak hangpa punya.


akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu