Pilihan anda di PRU13

Isnin, 26 Oktober 2009

Mohon Pandangan Semua

salam semua,

Blog ini memerlukan pandangan anda mengenai krisis yang melanda Pas pada masa kini. Perlukah beberapa pemimpin pas diganti baru?.. Anda boleh melakukan pengundian dengan menyatakan perlu atau tidak. Klik ruangan diatas untuk melakukan pengundian. Sebarang pandangan boleh diberikan melalui ruangan ulasan dibawah. Pandangan yang membina akan diterbitkan.

Gunakan hak anda sebagai penyokong untuk menyatakan pandangan!!

Terima Kasih

akira

6 ulasan:

  1. Pakatan Rakyat masih kukuh selagi ada Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz....bayangkan Pakatan Rakyat tanpa dua pemimpin ini di masa akan datang...sebab itu perubahan kepada pimpinan yang bermasalah dalam Pakatan Rakyat ini wajib ditukar...

    BalasPadam
  2. Salam. persepsi kami sebagai rakyat biasa yg sentiasa memerhati arus politik negara sekarang in memang ada pemimpin yg bermalah dalam PAS. kami merasakn perlunya 2 3 org pemimpin yg dikatakn bermasalah itu mengundurkan diri. kami melihat isu ini meynebabkan ramai golongan marhean makin meluat dengan segelintir puak PAS yg tidak sedar diri ini. Akhir2 ini, terang-terangan makin ramai yg berani mengatakan segala macam terhadap TGNA yg mana tidak pernah berlaku perkara ini sebelum PAS menang besar 1999. kenapa ini berlaku? kalau dah berasa hebat sgt, cuba pecat tok guru drpd PAS dan tgk berapa ramai yg masih kekal dgn PAS ini.

    BalasPadam
  3. setiap pemimpin yang telah diragui oleh penyokong,perlu meletakan jawatan..

    adalah lebih baik beliau iaitu pemimpin itu sendiri yang meletak jawatan daripa jawatannya dijatuhkan oleh penyokongnya.

    kita pemimpin yang tegas bersuara,kalau kata tidak..tidaklah dan klau ya..ya..kanlah,jangan jdi pemimpin yang suka berdiam diri,kerana akan lebih bertambah seolan terhadap penyokongnya.

    Setiap pemimpin perlu bersedia dengan jawapan ,agar penyokong tidak tertunggu-tunggu..
    jangan sampai penyokong terlebih dahulu memberi jawapan sebelum pemimpin.

    Kalau asyik penyokong yang memberi jawapan,ini bermakna pemimpin itu tidak layak jadi pemimpin.

    BalasPadam
  4. Elok benar kalau pemimpin PAS yang bermasalah ditukar je. Aku sokong TGNA sebab dengan cara itu je boleh kukuhkan PR.

    BalasPadam
  5. masalah 3, 4 manusia ini ialah apa yang mereka cakap tak serupa dengan apa yang mereka buat. lepas itu cakap sesuatu tanpa fikir kesannya & buat sesuatu tanpa fikir kesannya / tidak membuatnya dengan penuh hikmah. semuanya pakai sondoi aje.

    sebagai contoh, isu arak, selcet etc; itu semuanya boleh dibincangkan secara tertutup & dilakukan secara berkhidmah tanpa membuatkan PAS/islam kelihatan extream & mengkhianati unti rakyat dlm PR12 dulu.

    Now bukan sahaja bukan islam, orang islam pun dah meluat dengan PAS yang dilihat tidak konsisten & putar alam.

    you can say that it only perception but PERCEPSION IS EVERYTHING IN POLITIC.

    unless PAS manage this negative perception, PAS can kiss their ass good bye in PR13

    BalasPadam
  6. ntahler...nak kata payah..tukar ajer ler...tapi sampai bila.semua parti ada berlaku benda nie.jadi skrg nie PAS hilang arah ler.sejak dok bawah PKR dan DAP..macam hilang kekuatan..tukar ler mana yang perlu.tapi perkasakan yang bawah ni.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu