TELOK KEMANG, 3 Okt: Orang tempatan rata-ratanya mempersoal hak privasi pantai Telok Kemang yang diberikan kerajaan Negeri Sembilan kepada pengusaha Hotel Mayangsari sejak beberapa tahun lalu.Pemberian itu disahkan bertentangan oleh Akta Tanah Pantai serta perairan � di mana ianya tidak boleh dimiliki secara persendirian, apatah lagi dikorporatkan.Pengkorporatan tanah pantai itu mengakibatkan rakyat tempatan tidak boleh mengakses pantai awam secara bebas, seperti pantai-pantai yang lain.
Seorang penduduk tempatan yang enggan identitinya diketahui umum mendakwa, tanah tersebut dijual secara tidak berperundangan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).Sebelum itu, MPPD hanya membangunkan prasarana tandas awam di kawasan pelancongan itu.Kemudiannya, MPPD menjual pula sebahagian tanah awam di persisiran pantai tersebut kepada pihak korporat, Hotel Mayangsari.Ianya termasuk kawasan letak kereta berbayar, berdekatan hotel dan pantai awam.
Balai mandi awam bernilai RM200 ribu, dibina untuk tujuan perlancongan nasional turut mengenakan caj yang tinggi.Seorang perunding korporat hotel yang ditemui kemudian, enggan mengulas lanjut. Sebaliknya, menasihatkan Harakahdaily supaya tidak mempolitikkan isu tanah pantai milikan Mayangsari.
Dalam perkembangan berkaitan yang lain, penduduk tempatan mendakwa Isa juga terlibat dalam penjualan tanah pantai terbabit secara haram, sewaktu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Adun Port Dickson Bandar sendiri M. Ravi yang dihubungi kemudian menegaskan, bahawa skandal tanah yang melibatkan Isa sudah menjadi rahsia umum yang diketahui rakyat tempat.
"Rakyat di PD (Port Dickson) semuanya tahu tanah pantai diberikan kepada rakyat atau kroni," Menurut Ravi lagi, isu terbabit beberapa kali telah dibawa ke Parlimen, namun gagal diperbahas oleh Ahli-Ahli Parlimen Umno BN sendiri.
Mengulas dakwaan Isa adalah calon akar umbi Telok Kemang, Ravi mendakwa Isa hanya disokong oleh segelintir pemimpin tempatan yang sama-sama bersekongkol dalam aktiviti rasuah serta penyelewengan kuasa.
Kata Ravi lagi, mereka yang menjadi penyokong tegar Isa sebenarnya adalah mereka yang sudah pun menerima anugarah tanah serta wang ringgit daripada Isa, sewaktu calon Umno itu menjadi Menteri Besar.
Pengkorporatan tanah pantai ini menjadikan Isa seorang pemimpin rasuah; dan mementingkan kronik dari kepentingan rakyat.
Mengulas isu serangan peribadi ke atas calon yang menjadi trend pilihanraya kecil belakangan ini, Ravi tidak meminta pengundi N31 terus mempercayai beberapa pendedahan yang dilakukannya belakangan ini.
Sebaliknya, beliau meminta penduduk tempatan pergi sendiri ke Pantai Port Dickson untuk melihat gambaran sebenar pantai itu yang telah diprivasikan itu.
Selain hotel Mayangsari, terdapat beberapa hotel lain lagi di sepanjang pantai Port Dickson telah pun membeli tanah pantai secara haram dengan campur tangan kerajaan negeri, sewaktu Isa menjadi Menteri Besar.
akira
Pilihan anda di PRU13
Sabtu, 3 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ARTIKEL YANG TERDAHULU
Artikel Terdahulu
-
▼
2009
(755)
-
▼
Oktober
(55)
- PAKATAN RAKYAT : PR Pulau Pinang berjaya!!
- Peluang terlepas kerana terpaksa merawat penyakit
- Warkah buat pemimpin.
- Mohon Pandangan Semua
- PAKATAN RAKYAT : Bulan yang malap
- Batu dan Pinang, mana lebih keras??
- Mari belajar cara membazirkan duit rakyat
- Perihal di sebalik pembangunan
- PAKATAN RAKYAT : PAS jangan lupa ' Suara Rakyat Su...
- PAKATAN RAKYAT : Amaran buat PR
- RPK : Pendedahan Krisis Perak Oleh Raja Petra
- PAKATAN RAKYAT : Niat lu orang apa macam?
- Semoga rohnya dicucuri rahmat.
- 1 Malaysia : Arnab, Serigala dan Kura-kura
- PAKATAN RAKYAT : SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
- 1 Malaysia : Layakkah Dr M digelar negarawan
- 1 Malaysia : UMNO menjuarai rakyat?
- PAKATAN RAKYAT : Generasi Muda dipandang Sepi
- PRK BAGAN PINANG : Warga Bagan Pinang WAJIB berter...
- PRK BAGAN PINANG : Ketelusan dipertikai
- PRK BAGAN PINANG : Rakyat 1Malaysia sokong BN?
- PRK BAGAN PINANG : Penjelajahan Tujuh Perhentian
- PRK BAGAN PINANG : Biar kalah BERJUANG, jangan men...
- PRK BAGAN PINANG : Menyahut seruan JIHAD!!!
- PRK BAGAN PINANG : Samseng Umno bermain api!
- PRK BAGAN PINANG : Samseng UMNO semakin mengganas
- PRK BAGAN PINANG : Pilihanraya BERDARAH!!! Umno s...
- PRK BAGAN PINANG : Selamat mengundi
- PRK BAGAN PINANG : Kecoh di Bagan Pinang
- PRK BAGAN PINANG : Parti Korup yan penuh KURAP!!
- PRK BAGAN PINANG : Undilah PAS, Selamatkan Negara
- PRK BAGAN PINANG : Catatan seorang YB yang Glamour
- PRK BAGAN PINANG : Belum tiba hari mengundi, BN da...
- PRK BAGAN PINANG : BN terdesak!!!
- PRK BAGAN PINANG : Free Bagan Pinang, Abolish ISA
- PRK BAGAN PINANG : Jamuan Sambutan Hari Raya untuk...
- PRK BAGAN PINANG : TPM buat lawak di Bagan Pinang
- PRK BAGAN PINANG : Undi Pos, Apa lagi mau komen??
- bodoHH dan diperbodohhh... cukuplah setakat ini.
- PRK BAGAN PINANG : Tolong Gali Kubur SEGERA!!!!!!!
- PRK BAGAN PINANG : Syurga dunia untuk dijual
- Indonesia tolak bantuan Malaysia kerana hasil PERJ...
- PRK BAGAN PINANG : Dulu dan kini sama sahaja
- PRK BAGAN PINANG : Saat kau jatuh dahulu ooooo, a...
- PRK BAGAN PINANG : Inilah jadinya bila rasuah berl...
- PRK BAGAN PINANG : Siapa pilihan anda?
- PRK BAGAN PINANG : Himpunan Gambar Penamaan Calon ...
- PRK BAGAN PINANG : Himpunan Gambar Penamaan Calon ...
- PRK BAGAN PINANG : Himpunan Gambar Penamaan Calon ...
- PRK BAGAN PINANG : Himpunan Gambar Penamaan Calon
- PRK BAGAN PINANG : Biawak lidah bercabang
- PRK BAGAN PINANG : Untuk Makluman Semua
- PRK BAGAN PINANG :Pengakuan Bekas Tentera mengundi...
- PRK BAGAN PINANG : Pilihanraya menentang kezaliman
- PRK BAGAN PINANG : Isu yang belum terjawab
-
▼
Oktober
(55)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)