Pilihan anda di PRU13

Khamis, 15 Oktober 2009

PAKATAN RAKYAT : Generasi Muda dipandang Sepi

Anak-anak muda tatkala ini semakin terbuka pemikirannya. Pelbagai pengetahuan digali, dikaji dan difahami baik dari segi ekonomi, sosial dan politik. Namun sedar atau tidak, bila menyentuh bab politik, anak-anak muda sebenarnya lebih banyak "diperkudakan" oleh segelintir 'jockey-jockey tua'. Baik yang bertali leher mahupun yang berserban. Lontaran idea dan perubahan yang disampaikan oleh anak-anak muda dipandang sepi. Sedangkan 'jockey-jockey tua' ini yang hayatnya dipenghujung hari masih bermegah tanpa menyedari mereka mendapat kuasa hari ini disebabkan kuasa 'undi' anak-anak muda. Masih bermegah kononya garam yang dimakan lebih kuantiti sudunya berbanding anak-anak muda. Mereka hanya menganggap anak-anak muda hanya layak sebagai 'tukang gantung bendera' tanpa menyedari potensi yang ada.

Ingatlah wahai 'jockey-jockey tua', kami generasi muda memilih anda sebagai pemimpin untuk melakukan perubahan, bukannya untuk meletakkan kami setaraf dengan kepala lutut kamu. Kami bukannya mahu kamu sekadar melihat wujudnya generasi muda bila tiba musim pilihanraya, kami mahu kamu sedar, bahawa kami yang bakal meneruskan kepimpinan kamu. Jangan ingat anak-anak di simpang jalan sebagai kutu jalanan, lihatlah mereka dari sudut berbeza, dekati dan pimpin mereka. Bukannya dengan melalak dan menyindir mereka.

Sedih bila melihat pemimpin yang diamanahkan untuk melakukan perubahan masih belum mampu melakukannya. Malahan ada segelintir yang menganggap merekalah yang lebih cerdik tetapi hakikat sebaliknya. Perlukah kami menyedarkan kamu dengan kuasa 'undi' sepertimana yang berlaku semasa PRU2004? Atau kami perlu menunggu 50 tahun lagi agar kamu menyedari wujudnya golongan GENERAsI MUDA?

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu